Tengahari semalam si Alex msj aku ajak g camping kt Ulu Yam! perancangan 'up jadi'. bayangkan la macam mana keadaannya perancangan tu! Plan yg pertama nak memancing di tasik dkt dgn Ulu Yam, plan kedua camping kt Ulu Yam. diputuskan untuk camping di Ulu Yam je. antara menu yang dibawa ialah :
1. megi 2 pek2. hotdog 5 pek
3. daging burger 2 pek
4. roti potong 1 bungkus
5. sekaya 1 pot
6. nasi lemak bunjut 10 bgks (dpr free 3 lg)
7. kopi/teh/gula
8. air mineral 2 btl bsr
9. khemah
10. sos cili/blck pepper
11. arang
..semuanya kami beli before gerak pukul 6 ptg tu. ooppss lupa nak bagitau, aku pegi seramai 4 org satu kereta. menelan cost RM70. sampai kat sana kol 7 ptg. risau hari semakin gelap, krew semua pegi cari kayu untuk unggun api. lps tu naikkan khemah dan hidupkan api. semuanya beres dalam kol 745 mlm. ari da semakin gelap lps panggang hotdog 1 pek, kami masak air untuk wat kopi. sementara nak tunggu air tu masak, semua g mandi. dlm kol 815 mlm. fuhh!!bestnya mandi air terjun memalam buta. apapun keselamatan diri dan kwn2 dititikberatkan. semua pergerakkan malam tu mesti berbuddy . tgh leka berborak, kami dikejutkan dengan sinaran lampu suluh dari jauh. tertanya2 jugak sape tu.. bila semakin dekat rupa2nya ada 2 orang lelaki berasal dr Sabah sdg menyuluh "pokkeh". plan asal nk overnight kt situ, tapi disebabkan seorang dari kami nak ke Johor esok paginya, kami mengambil keputusan untuk beredar pada kol 330 pg..sayang masa dtg tu camera lupa nak bawak..so, xde laa gambar untuk aktiviti kali ni..tapi plan 'up jadi' ni memang best. kira camping aku tu success dan hepi..salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan