musim banjir datang lagi.. kali ini terarah ke selatan pula selepas negeri pantai timur. dan uma aku pn tak terkecuali kerana berada berdekatan dengan sungai. kepada ibubapa, dan terutamaorang ramai diminta untuk memantau anak - anak anda atau lebih mudah lagi orang dewasa tolong marahkan kanak-kanak yang bermain air banjir. nak main boleh tapi biar dalam pengawasan orang dewasa. teringat, kisah malam tadi, aku teman kan kawan aku g uma sedara dia kat subang jaya. sedara dia boleh dikategorikan orang yang berada, uma tersergam indah, siap ada taman/kolam ikan kap yg bertemakan Bali. dan nak dijadikan cerita, maybe family terlepas pandang/pengawasan terhadap anaknya yang berusia 2 tahun, lalu si anak telah memasuki kawasan taman yang sememangnya bertembok tapi pintu kayu yang jadi pintu masuk pula tidak ditutup. da jadi kelaziman anak kecil sifat ingin tahu mereka tinggi dan atas dasar itu, mungkin rasa tertarik dengan ikan-ikan tersebut si anak menjengah dan mungkin terjatuh ketika itu.. Al-fatihah untuk si anak dan moga family nya dapat meredhakan apa yang terjadi. berbalik kpd cite banjir tadi, bayangkan, itu didalam kawasan rumah, tanpa pengawasan sesuatu yang buruk dan tak diingini mungkin akan terjadi. sama-samalah kita memantau kanak-kanak yang sentiasa mencari rasa seronok untuk bermain kerana itu sifat semulajadi kanak-kanak seperti kita juga dulu..jangan dihalang, biarkan mereka merasai keseronokan tersebut asalkan kita sebagai orang yang dewasa ini mengawasi, jaga keselamatan dan lepas je bermain air banjir tersebut, mandilah dengan sebersih-bersihnya...salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan