Ads

31 Disember 2010

Jala Udang dan Ikan di Sungai Krubong, Melaka







kawan-kawan aku ikut serta masa aktiviti menjala ni. excited semua. maklum le da lama tak menjala. selalunya aku dengan ayah aku, menjala naik perahu yang berkuasa kuda 2hp. tapi masa ni air tengah kering, bukan kemarau, tapi empang belah Malim dibuka jadi air sungai disini akan surut.
Menu pagi tu, apa lagi kalau bukan nasi lemak. Akak aku buat. rasanya, walla! delicious! terbaik dari Padang Siapong, Krubong, Melaka. sambal dia merah menyala, nampak macam pedas gila, tapi tak pedas pun.. melted in your mouth! ahaha..
 Antara yang akan turun ke sungai pagi tu. tapi yang didepan tu tak akan turun, sebab dia tak reti menjala. makan boleh serah pada dia (ushar le perut dia! bukan nak tipu, kenyataan) dua-dua import dari Kedah, lets go guys! let the operation begin!.. (sebahagian kata-kata semangat dari aku..)
 Aku pun terlibat dalam operasi menjala ni. tebaran pertama. di saat memegang jala, diselak, di usai, di tebar dan tatkala batu-batu rantai jala itu mencecah ke permukaan air..berderau bunyinya. indah sekali bunyi itu. dan aku pasti akan hasil yang aku dapat.
 Udang pertama. good sign! rezeki nak murah ni. seronok bila menjala ni, lebih-lebih lagi bila ada hasil. hilang segala penat senang je hati. hmm.. boleh dijadikan terapi diri ni. tak percaya? cubalah. tapi pastikan anda tahu untuk menjala. kalau tak tahu, belajar. aku boleh ajar. ada 2 pakej. percuma dan dibayar.
Dan inilah hasil berikutnya. lumayan kan?. ini baru permulaan acara. udang sungai atau udang galah ni nak sedap kena goreng tak pun buat sambal udang. Mak oi!! sedapnya memang no doubt. terbaik dari sungai. tak ada rasa dedak! 100% pure, asli, ori. tengok gambar sebelah ni pun da dapat agak keenakannya..
 Tengok le macam mana otai tebar jala tu. selamba je. menjala adalah hobi yang paling bapak aku suka. pantang ada masa terluang, pasti akan ke sungai. sorang-sorang pun jadi. aku da larang da pergi sorang-sorang, bahaya. sekarang kalau pergi mesti berteman.pernah pengsan!.
 Ni pula adalah 'orang lama lagi' nak jadi otai menjala. da mahir da kami berdua ni, cuma belum semahir orang lama. kalau orang lama, ke mana arah, apa kedudukan pasti sekali tebar comfirm kembang macam bunga mekar!..
 Tu dia..otai da naikkan Si Sepit Biru. besar tu udang galah tu. da berlumut penyepitnya. kami pun apa lagi, bertambah semangat le lagi nak menebarkan jala tu. jeleous beb! tengok ramai yang naikkan sepit biru . tak apa. sabar. kalau rezeki tak ke mana kan..


Tebar jangan tak tebar. bukan gelojoh, tapi semangat terlebih bila tengok ramai yang menaikkan sepit biru
Kalau da rezeki. tengok je hasil udangnya. ini hasil setelah ikan-ikan diasingkan. banyak kan udang-udang tu.. 

Hasil ikan. tak berapa banyak, tapi boleh tahan. lauk untuk 3 - 4 hari lepas ni. macam-macam spesis ikan air tawar ada. siapa yang berminat, boleh berkunjung ke sungai Krubong, tapi ingat! jangan guna racun atau peralatan tangkap ikan yang terlarang!
Masa menjala tadi, seronok sampai tak rasa penat ke lapar ke. tapi bila semua da selesai, da siap mandi, kebulur sangat atau orang Melaka cakap "kebulur nau da ni".. Salam



2 ulasan:

  1. kAt manA tEmpAt menjAla ikAn & udAng areA melakA niE....

    BalasPadam
  2. Wahhh...tak sangke ada udang galah sungai kg aku tu....

    BalasPadam

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..