Ads

23 Disember 2010

candat sotong.










sebahagian yang mengikuti trip mencandat sotong di perairan Pulau Kapas. aku naik bot no1, yang lain naik bot no.2...excited siot! maklum da lama tak mencandat sotong ni..

 perjalanan mengambil masa dalam 40 min ke 1 jam. keadaan cuaca masa tu okay la jugak. tapi bagi yang tak biasa naik bot, comfirm mabuk laut. aku, okay. steady beb!. so, bagi yang tak mabuk, ni la aktivitinya...

Makan dulu !!..hahaha tu yang best tu kalau tak mabuk. kita boleh makan dengan selambanya. bagi yang mabuk, ini adalah satu penyiksaan mental dan fizikal dan juga perut.
kesian juga, sampai dah takde benda nak di muntahkan lagi. sampai tahap muntah hijau dah !!
 Ini adalah salah seorang krew/awak-awak bot kami. mereka ni memang dah biasa. jadi tak perlu risau pasal nak masak, sebab tukang masak kami has fallen down. bot kami pula adalah diantara bot yang paling banyak bawa bekalan makanan. sebabnya, bot ni juga dinaiki oleh bos-bos. jadi bekalan kena cukup, makan tak makan kemudian punya cerita. hakikatnya, ramai yang tumbang. cuma tinggal 5 orang tak termasuk krew. seronok. yang tumbang biarkan tumbang. kami, kasi tumbang ini sotong.
banyak kami dapat malam tu. kalau ramai yang tak tumbang, lagi banyak dapat. takpe la, ni pun dikira rezeki yang lumayan. banyak dan besar - besar sotongnya.
antara bakul - bakulnya.
ikan pun ada. tapi ini ikan bukan aku yang pencing. si Ustaz Fardhil (gambar yang mencekik tadi tu..ahaha..dia makan memang tak boleh tinggal) tapi rasa sayang juga bila lepas je ikan ni dinaikan, joran dia di ragut lagi. daripada cara ni tarik, aku yakin ikan tu pasti besar. hajat tak sampai. tali putus pula. lebih kecewa lagi kelibat ikan tu tak nampak langsung. ralat. kalau tak dapat naik tapi dapat tengok kelibat je pun jadi le..
apa yang lebih aku ralatkan adalah, takde siapa nak diharapkan untuk snapped photos. masing - masing sibuk dengan mencandat dan yang lainnya....sibuk dengan muntah hijaunya. dan apa yang pasti. kesoronokan serta pengalaman memang akan di kenang. banyak kisahnya.. Salam...

1 ulasan:

  1. pulau kapas mmg best teringat masa pergi dulu,x havoc suasana tenang aje,,tp 1 je masalah dia selalu blackout,.

    BalasPadam

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..