Ads

22 Disember 2010

Ulu Yam, Dusun Tua...






Lokasi : Ulu Yam
Teman : Hanif & Jack Ganu
Tarikh : 07/08/2010
 
Ulu Yam... sebuah tempat perkelahan.. kawasan air terjun.. aku pergi dengan kawan-kawan aku si Anif dan Jack. kawasan ni ok la juga. ramai org time-time cuti camni. yang bawa famili dan anak-anak, yang datang dengan kawan-kawan dan tak kurang juga yang datang bercouple . masing-masing dengan agenda tersendiri, tapi, satu yang pasti semua orang mencari kedamaian, ketenangan dan meliburkan diri (dan mungkin ada yang memuaskan nafsu sendiri! biasa da berlaku kat mana-mana destinasi air terjun di Malaysia ni)  kami di caj RM1 seorang. bukan nak condemn, tapi aku cam tak berapa puas hati dengan bayaran tu. yang jadi persoalannya, untuk apa kutipan tu. tandas masih lagi teruk dan makin teruk (masa aku pergi masa tu) bayangkan, kami lepak ke atas sikit sebab bawah da penuh, nak salin pakaian takde tempat, nak 'terbuang' takde tandas kat belah situ. bagi aku, salah satu perkara yang akan disukai oleh pengunjung adalah kesenangan mendapatkan kemudahan dan juga keselesaan menggunakannya. aku juga yakin nanti pihak yang bertanggungjawab dengan tempat ni akan sediakan. lambat dengan cepat je. biarkan pasal tu, yang penting kita enjoy release tension ..  
 
kami bawa ayam dan sosej beserta dengan sos lada hitam dan juga sos cili. sos lada hitam kami lumurkan kat daging ayam kemudian di panggang. perrghh.. bukan nak meninggi diri, tapi hakikat yang harus diterima, memang sedap ayam panggangan kami tu.
kalau pergi 2 sana dan anda nak bakar ke pangang ikan ke ayam kena ingat 1 perkara penting!!! tolong jaga kebersihan kawasan tu, buang sampah di tong-tong sampah yang telah disediakan. kita masyarakat yang bertanggungjawab dan kita cukup bijak untuk itu. kalau monyet memang tak faham apa tu kebersihan. kalau anda rasa anda seekor monyet buang je le sampah-sampah tu merata-merata!!!
  
Inilah ayam yang telah di sapukan dengan black pepper sos. belum masak lagi pun da tahu da memang sodap!!. caranya cukup mudah, ambil ayam yang dibawa tadi, suruh sesiapa basuhkan ayam tu sampai bersih, then suruh budak yang basuh ayam tadi ambil black pepper sos, pastu suruh dia bukakan sekali penutup botol sos tu. sudah, anda tuang sos tu pada ayam, kacau sebati, akhir sekali bila da siap panggang ayam tersebut dan suruh budak yang basuh ayam tadi tunggu sampai masak. Hahaha...

Inilah antara aksi-aksi hebat mereka. ini yang simple je ni, yang heavy tak boleh nak tunjuk. takut jadi riak dan megah diri pula. ahaha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..