Bahan - bahan
- 5 biji buah pear (dibuang kulitnya)
- 125g butter
- 260g gula perang lembut
- 2 tsp serbuk kayu manis
- 2 tsp vanila essen
- 1 liter vanila ice cream (untuk hidangan)
- Panaskan plate bbq pada medium - high heat
- Potong buah pear (hiris) jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal. letakkan hirisan tersebut diatas kuali leper besar. Cairkan butter diatas kuali leper yang lain (kecil) pada kadar low - heat. Tuangkan butter cair tersebut diatas buah pear tadi. masukkan serbuk kayu manis, gula perang dan vanila essen. Gaulkan campuran tadi dengan buah pear tadi sehingga sebati.
- Letakkan buah pear yang telah sebati diatas plate bbq. masak di kedua - dua bahagian selama lebih kurang 3 - 4 minit. Angkat dan letakkan pear (telah masak) ke dalam bekas pencuci mulut (cawan pun boleh). Tuangkan lebihan campuran cairan butter tadi ke dalam kuali leper (ikut kesesuaian), panaskan, kacau hingga mendidih. Kemudian angkat.
- Ambil 2 scoop vanila ice cream dan letakkan kedalam bekas pencuci mulut atau cawan berisi buah pear yang telah dimasak tadi. tuangkan campuran cairan butter keatas ice cream serta hidangkan kepada tetamu anda atau keluarga or who ever wants it..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan