Ads

07 Julai 2010

kematian satu kepastian

telah di janji kan akan ajal maut setiap manusia di muka bumi ini. apabila sampai saatnya tiada satu pun yg dapat menghalangnya. walau di ceruk mana pun kita menyorok; maut itu pasti akan datang menjenguk lalu menjemput kita kembali kepada-Nya. bagi kita yang masih bernafas ingatlah setiap khabaran tentang kematian seseorang yg kita knl atau pun x, ia adalah satu peringatan bagi yang mahu mengingat. apa bekalan kita di tempat pembaringan kita itu? apakah yang di tinggal sebagai dana menyelamat kita dari azab yang telah di janjikan oleh yang Maha Berkuasa. buat lah yang terbaik segala amalan di dunia ini. usah di fikirkan sama ada amalan kebaikan kita itu di terima atau x, apa yang penting adalah setidaknya kita telah melakukannya dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dari manusia, hanya Allah jua lah yang selayaknya menilai dan memberikan ganjaran sebagaimana yang Dia telah janjikan bahawa setiap amal ma'aruf pasti pahala yang di sajikan. those who read this blog, lets sedekah Al-fatihah kepada insan yg kita kenal ataupun x, semoga mereka di tempatkan di kalangan org yang beriman.. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..