1Malaysian...what do you know about that?. does it for just people like you? 1Malaysia memerlukan satu jati diri yang mengetepikan hal-hal perkauman dengan kepentingan dan hak masing-masing terjaga dan tidak sama sekali boleh dicabul oleh mana-mana bangsa lain. Melayu dan bumiputera dengan haknya, cina dengan hak yang telah termeterai dahulunya begitu juga dengan india dan bangsa lainnya di negara kita ini. Pendekatan yang dibawa oleh PM ini sememangnya baik untuk perkembangan ekonomi dan juga perpaduan sesama kaum. bayangkan sekiranya perpaduan ini tidak di pandang berat oleh semua pihak dan jika sesuatu perkara berlaku terhadap negara kita, siapa yang akan mempertahankannya. Apa yang perlu disini ialah kita harus bersaing secara sihat dalam apa jua bidang yang diceburi tanpa ada diskriminasi antara satu sama lain.
Bersama-samalah kita menjayakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan