Ads

06 Julai 2010

hijau bumi tuhan

hmm..hijau bumi tuhan, memang bumi ini dulunya cukup indah diciptakan oleh yang Maha Pencipta. serba serbinya cukup lengkap saling membantu dalam setiap kitaran benda2 hidup yang kita nampak mahupun tak yang kita sedar ataupun tidak.semuanya cukup indah menjalani perjalanan mereka.daripada oksigen yang dijanakan oleh setiap tumbuhan dan disedut oleh kita manusia dan haiwan, yang kemudiannya karbon dioksida yang kita lepaskan digunakan semula oleh tumbuhan. tumbuhan itu sendiri mempunyai fungsi yg penting yg mana selain dedaunnya yg subur menghijau menyejukan mata yang melihat dan sekitarnya akar2 nya menjadi pengikat tanah2 yang dibantu oleh rerumput yang melata. rerumput itu pula selain jadi tumbuhan litup bumi, ia menjadi makanan kepada haiwan2 seperti lembu, kambing dan lain2nya. kemudian haiwan2 ini menjadi makanan kepada kita manusia. persoalannya; apakah fungsinya kita sebagai MANUSIA yg BERAKAL setelah apa yang terjadi contohnya seks bebas, pembuangan bayi, pembunuhan, perkelahian, merosakan tiang2 atau pasak bumi iaitu bukit bukau, gunung ganang yg akhirnya akan menghancurkan bumi ini sama sekali..apakah fungsi sebenarnya kita di muka bumi ini??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..