30 Julai 2010
Ramadhan datang lagi..
Fuh...sekejap je da nak puasa lek da.. cne le agaknya puasa kali ni..aku ni kdg2 jd tkot sebab tkot2 x terlarat..yelah kan, kita bkn tau pe nk jd sesaat dari sekarang..tapi insyaAllah leh..peel aku mmg camni, bila nk exam dulu pun camtu, mesti gelabah tkot x leh jawab, tkot soalan yg kuar bab yg time aku x dtg kelas.. ble nk exam je mesti tempat katil aku bersepah ngn buku, nota, pen berkaler2, nota berulang-ulang, semuanya utk tujuan nk igt isi penting bab tu..tp ble nk masuk ke dewan exam aku usaha, doa dan tawakal je..Alhamdulillah..skrg semua da beres, result?? u guess...huuhu
22 Julai 2010
Aduhai si pari-pari
Aduhai si pari-pari...itulah cerita yang sedang disiarkan di stesen tv swasta di negara kita..aku lom sempat nak tgk lagi..tp timbul satu persoalan di minda kicil ni..apa memang wujud kisah tersebut..bagi kita yg sudah dewasa mybe leh nk memikirkan nya..tp bagaimana pula dengan anak kecil yg hanya melihat dan memikir akan hal tersebut?? apa memang benar pari-pari ini wjud?? dalam berkarya aku memang x nafikan akan kehebatan pembuat cerita di negara kita..tapi wajarkah ia di wujudkan semata-mata mahu mengutip keuntungan dalam industri ini? yg aku tahu, pari-pari ini x wujud, ia diwujudkan oleh omputih dan kemudiannya byk ditiru oleh negara lain..apa yg membimbangkan aku, kepercayaan anak-anak kecil akan hal ini..majoritinya anak-anak sekarang mempercayai apa yang di lihat adalah benar-benar berlaku.. memang kita sebagai org dewasa harus memperjelaskan perkara semacam ini, tapi adakah ia berbaloi? belum tentu dalam nisbah 1:10 org dewasa yg mahu berbuat demikian..lain kisahnya dengan kisah hantu, yg memang kita tahu bahawa mereka adalah jelmaan syaitan laknatullah..tapi dimanakan letaknya si pari-pari ini?? adakah ia sebahagian dari jin? syaitan? ataupun golongan bunian? bagi aku cerita seperti ini tak seharusnya dibenarkan kerana kesahihannya tiada aku rasa..tp apa pun sku hanya memberi pendapat aje...sama-sama fikirkan.. klu ianya mendatangkan kebaikan kepada generasi akan datang aku sokong..tp klu sampai boleh memesongkan akidah ataupun memeningkan kepala anak-anak yang akhirnya akan merosakkan pemikiran anak-anak islam aku memang x setuju..Ntahlah, moga2 ianya x sampai ke tahap itu..
18 Julai 2010
1Malaysia...are you ready yet ??
1Malaysian...what do you know about that?. does it for just people like you? 1Malaysia memerlukan satu jati diri yang mengetepikan hal-hal perkauman dengan kepentingan dan hak masing-masing terjaga dan tidak sama sekali boleh dicabul oleh mana-mana bangsa lain. Melayu dan bumiputera dengan haknya, cina dengan hak yang telah termeterai dahulunya begitu juga dengan india dan bangsa lainnya di negara kita ini. Pendekatan yang dibawa oleh PM ini sememangnya baik untuk perkembangan ekonomi dan juga perpaduan sesama kaum. bayangkan sekiranya perpaduan ini tidak di pandang berat oleh semua pihak dan jika sesuatu perkara berlaku terhadap negara kita, siapa yang akan mempertahankannya. Apa yang perlu disini ialah kita harus bersaing secara sihat dalam apa jua bidang yang diceburi tanpa ada diskriminasi antara satu sama lain.
Bersama-samalah kita menjayakannya.
Bersama-samalah kita menjayakannya.
17 Julai 2010
Pilihan ??..terserah anda untuk menentukan
Idup ni memang bersandarkan pilihan, apa yg kita pilih itu lah yang kita akan dapat. all that depend on apa yang kita pilih. klu yang baik kita pilih, insyaallah yang baik kita dapat, andainya yang buruk kita pilih maka tunggu saja blsn dari-Nya. Pilihan sudah tentunya membuatkan kita sentiasa berfikir. secara tak lgsung otak kita bergerak untuk meneliti apa faedahnya jika kita memilih sesuatu pilihan itu. sebab tu kita di anugerahkan akal dan fikiran. iaitu sesuatu yg istimewa yang kita dapat berbanding dengan mahluk lainnya. tapi, adakah kita menggunakan akal dan fikiran kita sebaiknya?? fikir-fikirkan lah sendiri sejauh mana dan sebijak mana kita menggunakannya...
15 Julai 2010
cerita disebalik lagu..
setiap lagu mmg mempunyai kisahnya yg tersendiri. sama ada ianya secara kebetulan atau hanya permainan minda si penciptanya, itu terpulang kepada dia sendiri. tp bagi aku, memang ada cerita dan kisah. mungkin juga aku memang ska utk menyelongkar setiap bait lirik lagu mahupun sajak atau puisi, jd aku merasakan yg setiap susunan kata lirik dan sajak atau puisi mempunyai maksudnya. aku jgak de wat blog utk menyelongkar kisah2 tersebut (http://www.ceritadanlagu.blogspot.com/) . tapi itu semua adalah dari sudut pandang aku yg x bape pandai dalam bab tu..da minat aku try je le..terpulang le pada yg membacanya sama ada nak terima atau tidak. itu hak masing2..maybe korang pn de pandangan sendiri ttg makna lagu2 tersebut. de gak lirik lagu yang maknanya ke arah ketuhanan. byk sebenarnya seperti lagu XPDC-semangat yang hilang. cuba la halusi bait2 itu..aku x berani le nk kata ia benar atau x, tapi menurut sumber yg aku dpt dari org yg lbh memahami ttg ilmu ini (ilmu tasawuf) klu x silap aku..apapun apa yg anda terima wajib diselidiki dulu, jgn main terima pakai je..klu nk kn kepastian korang leh tanya pak2 guru yg arif ttg nya..
13 Julai 2010
Hari ini
hmm.ari ni xde pe yang menarik nk aku cite kn kt blog aku ni. kdg2 buntu gak pala otak aku. kdg2 tu kosong je..puas d fikirkan apa yang nk aku coretkan disini..hmm mggu ni xtau nk blk ke kg ke x, itu ati mmg nk je blk, tp bdn terasa pnt lak..ati meronta nk blk kg..ntah la aku pn xpasti lg nk blk ke x. tgk le sok cne kptsn ati aku..kje pn da settle walaupun de ckit2 lg..tp i consider it done..x byk sgt yang tggl cuma tggl nk sain je pastu beres le utk bulan ni..rs nya mlm ni aku nk tido awal ckit sbb sok nk bgon awl ckit..hmm sok mlm insyaAllah aku blogging lg...
12 Julai 2010
Suratan atau kebetulan
hmm..masih wujud ke kebetulan di dlm hidup kita ni?? satu lg persoalan yang timbul bila kita mula memikirkan sesuatu..wujud ke? bagaimana kebetulan yang di maksudkan? contohnya, apakah ia satu kebetulan apabila kita terserempak dgn kemalangan? atau itulah suratan yang telah ditetapkan untuk kita menemukan kemalangan tersebut? atau apakah ianya satu kebetulan kita menjumpai sejumlah wang ringgit di tepi jalan? atau ianya memang suratan yang telah di catatkan yang kita akan menjumpainya?? camne kita nk describe antara kebetulan dan suratan yang telah diatur oleh yang Maha Mengetahui? think n think again. thinking can make our brain excellent...
11 Julai 2010
hmm..nothing much to say
hmm..semalam aku de g lepak2 ngan kaum kerabat aku di Pantai Puteri, best. dok ramai2 berkumpul sambil panggang ayam,hotdog,ikan.de gak mak sedara aku wat nasi lemak tapi sambalnya akak aku yang wat sebab bukan nak puji sambal dia, tapi memang sedap. kat warung akak aku pun makanan yang paling 'jalan' adalah nasi lemak. kdg2 tu awal2 lg da abis da. terpaksa le dia blk uma dulu masak lg.aku de gak btau dia soh wat lebih2 je, jd xyah nk pegi-balik kalau abis. tapi akak aku ckp takut ari wat dia wat lbh t customer xramai lak.de point gak tu. nasib baik gak la uma akak aku x jauh sgt dengan warung. berbalik cite kt pantai pantai td, sebenarnya aku mmg suke wat benda2 camni. selain hepi, dpat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kami. next mission, nk wat hari keluarga. my suggestion adalah setiap family wujudkan sukan utk anak2 dorg.wat game.br havoc.hahaha..insyaAllah coming soon aku akan wat..Amin
08 Julai 2010
sabar itu separuh dari...
ckp psl sabar, sememangnya sabar itu separuh dari iman. kita seharusnya sentiasa sabar dlm apa jua situasi; tak kira masa sng mahupun sebaliknya. kdg2 de hal yg kita wat, de perkara yg kita ckp menyebabkan org lain terasa. kerana ada perkara yg kita anggap kecil tetapi terlalu besar untuk org lain.. so we should to be careful when make a statement, talking,doing,laughing,walking, running,jumping.looking and other else. remember "it is good if we dont realize how good we are, but it was worst if we dont realize how bad we are"..
07 Julai 2010
kematian satu kepastian
telah di janji kan akan ajal maut setiap manusia di muka bumi ini. apabila sampai saatnya tiada satu pun yg dapat menghalangnya. walau di ceruk mana pun kita menyorok; maut itu pasti akan datang menjenguk lalu menjemput kita kembali kepada-Nya. bagi kita yang masih bernafas ingatlah setiap khabaran tentang kematian seseorang yg kita knl atau pun x, ia adalah satu peringatan bagi yang mahu mengingat. apa bekalan kita di tempat pembaringan kita itu? apakah yang di tinggal sebagai dana menyelamat kita dari azab yang telah di janjikan oleh yang Maha Berkuasa. buat lah yang terbaik segala amalan di dunia ini. usah di fikirkan sama ada amalan kebaikan kita itu di terima atau x, apa yang penting adalah setidaknya kita telah melakukannya dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dari manusia, hanya Allah jua lah yang selayaknya menilai dan memberikan ganjaran sebagaimana yang Dia telah janjikan bahawa setiap amal ma'aruf pasti pahala yang di sajikan. those who read this blog, lets sedekah Al-fatihah kepada insan yg kita kenal ataupun x, semoga mereka di tempatkan di kalangan org yang beriman.. Amin
06 Julai 2010
hijau bumi tuhan
hmm..hijau bumi tuhan, memang bumi ini dulunya cukup indah diciptakan oleh yang Maha Pencipta. serba serbinya cukup lengkap saling membantu dalam setiap kitaran benda2 hidup yang kita nampak mahupun tak yang kita sedar ataupun tidak.semuanya cukup indah menjalani perjalanan mereka.daripada oksigen yang dijanakan oleh setiap tumbuhan dan disedut oleh kita manusia dan haiwan, yang kemudiannya karbon dioksida yang kita lepaskan digunakan semula oleh tumbuhan. tumbuhan itu sendiri mempunyai fungsi yg penting yg mana selain dedaunnya yg subur menghijau menyejukan mata yang melihat dan sekitarnya akar2 nya menjadi pengikat tanah2 yang dibantu oleh rerumput yang melata. rerumput itu pula selain jadi tumbuhan litup bumi, ia menjadi makanan kepada haiwan2 seperti lembu, kambing dan lain2nya. kemudian haiwan2 ini menjadi makanan kepada kita manusia. persoalannya; apakah fungsinya kita sebagai MANUSIA yg BERAKAL setelah apa yang terjadi contohnya seks bebas, pembuangan bayi, pembunuhan, perkelahian, merosakan tiang2 atau pasak bumi iaitu bukit bukau, gunung ganang yg akhirnya akan menghancurkan bumi ini sama sekali..apakah fungsi sebenarnya kita di muka bumi ini??
life is so good..
huhu..life is really good.so we should be to enjoy our life.we do what we want to.we live on what we want.we eat what we want.we do everything we want.but no matter what we want to do please remember as well as it is a good for your life so it's okay.but if dont;you better dont do it because there more worse than good...
Langgan:
Catatan (Atom)