hmm..antara mentimun dan durian; pe yg boleh dikatakan??..mentimun akan tetap menjadi mentimun kerana bila di golek pun kena menggolek pun kena jgak.kerana durian itu punya tahap yg keras dan berduri banyak. kalau tidak manakan tidak ia di gelar raja segala buah. tapi mentimun sentiasa sedar walau betapa pun org memandang remeh hal mentimun, timun tetap menjadi bahan asas dalam menyediakan nasi lemak.biarpun sebagai hiasan tapi ia menyelerakan si pemakan. jika durian itu raja segala buah, mentimun tetap sedar bahawa apabila telah ditakdirkan durian itu menjadi tempoyak, ia pasti akan duduk bersama mentimun bagi menyemarakan selera kita yang makan.
Jadi, jgn lah kita terlalu taksub dgn pangkat dan darjat yang di kurniakan oleh yang Maha Berkuasa. kerana itu semua adalah ujian untuk kita dalam menggunakan akal fikiran untuk melaksanakan kuasa pangkat yang kita terima. jangan sesekali menginiaya orang kerana doa orang yang dianiaya sentiasa di makbulkan yang Maha Pandengar...Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan