Ads

24 Jun 2014

Simpati, Empati dan Realistik






Kadang-kadang aku terfikir. Bila aku melihat sesuatu yang menyayat hati contohnya kehidupan seorang anak kecil yang begitu daif. Tak kira dimana pun aku tengok, kat TV ke, majalah ke, internet ke. Pokoknya aku tengok hidup mereka yang daif, merempat, tiada makanan dan sebagainya yang mana kita sebagai manusia memerlukan keperluan asas ini.
Aku jadi cepat kesian, betul-betul rasa simpati. 

Empati. Kadang-kadang bila da rasa macam tu, aku selalu cuba meletakkan diri aku di situasi itu. Bagaimanakah rasanya bila kita betul-betul kepayahan mendapatkan makanan, lebih-lebih lagi anak kecil yang tidak memahami apa itu kebersihan; walaupun kita memahami apa itu kebersihan, tapi jika kita berada dalam keterpaksaan kerena terlalu lapar pasti kita akan makan apa saja asalkan boleh menghilangkan sedikit kelaparan. Bila aku meletakan diri aku macam tu, aku akan jadi bertambah sedih dengan keadaan yang aku tengok.

Realistik. Realistik ke aku? Kadang-kadang tertanya juga. Mana taknya, aku dah ada simpati, aku dah ada empati. Masalahnya realistik ke aku ni? aku bagi contoh; Bersamamu-TV3, selalu menyiarkan segmen kesusahan seseorang. Aku tengok mereka semua memang susah. timbul rasa simpati diatas kesusahan mereka. Kemudian akan timbul rasa empati kerana aku begitu kesian melihatkan keadaan tersebut. Keperitan dan kepayahan menjalani liku kehidupan sebagai seorang manusia. Terkadang kita akan mengalir air mata kerana rasa simpati dan empati yang begitu kuat. Tapi, diakhir rancangan kita diminta untuk menghulurkan bantuan ataupun sumbangan melalui bank, datang sendiri, atau yang paling mudah dengan hanya ber'SMS'. Maksud aku disini, bila habis je cerita tu, aku tidak berbuat apa-apa. yang ada hanya simpati dan empati yang kuat sangat rasanya.

Kadang-kadang aku terfikir yang aku sebenarnya hipokrit, kerana aku rasa sedih, kesian dan sebagainya, tapi aku masih tak mampu menolong walau hanya ber'sms' sebanyak RM5.00. Ya Allah ampunkan hamba mu ini.

Simpati, Empati dan Realistik.. atau Hipokrit?

1 ulasan:

  1. bukan budak kecil sahaja...semua golongan...orang tua,kanak-knak,yg kurang upaya dan lemah..

    BalasPadam

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..