14 Jun 2014
Melaka - Semakin Hebat..
MELAKA - Salah satu negeri yang telah wujud sejak lebih 620 tahun. sejak dari penemuan oleh Parameswara (yang menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah selepas kemasukan pedagang Arab yang membawa ajaran Islam ke Melaka) pada tahun 1400 yang lalu, melaka telah melalui berbagai peristiwa. Sila klik pasa pautan untuk mengetahui dengan lebih lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Malacca .
Kini, berbagai usaha dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka dan agensi berkaitan sekarang mahupun sebelumnya untuk mengembalikan zaman kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang mana negeri Melaka adalah sebuah negeri yang sangat masyhur dan kaya raya dengan aktiviti perdagangan dari serata dunia termasuk kuasa besar pada ketika itu iaitu negeri China.
Sejak kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka (Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511), kemasyhuran Melaka semakin merudum. Antara pendekatan yang diambil oleh kerajaan Melaka adalah melalui kaedah pelancongan. Jika dilihat, dahulu kita mengenali Melaka dengan tempat-tempat bersejarah seperti kota A' Farmosa, Bangunan Merah, Perigi Hang Li Poh, Makam Hang Tuah dan kisahnya (yang kini ada seorang profesor mula nak mempertikaikan tentang kewujudan Hang Tuah adalah tidak wujud! shame on you PROFESOR!!). Setelah sejak sekian lama Melaka dikenali dengan sejarahnya, kerajaan negeri telah mewujudkan replika kapal kayu yang terletak di Bandar Hilir dan terbaru adalah mewujudkan Muzium Kapal Selam di Klebang. Kos yang menelan belanja RM12.6 juta ini dijangka siap pada Disember nanti. Sama-sama lah kita menanti.. ahaha.. sekiranya nada berpeluang atau masih mencari tempat untuk bercuti saya cadangkan anda ke Melaka kerana dari waktu siang hingga ke waktu malamnya anda akan disajikan tempat yang menarik untuk dikunjungi. Saya ada bertanya pada salah seorang kenalan saya yang Melaka adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi dan kenalan saya itu bersetuju dan beliau menyatakan yang kunjungan selama 2 hari bersama keluarganya tidak mencukupi kerana banyak lagi tempat yang tidak sempat untuk di kunjungi.. jom lah ke Melaka, cubalah naik Menara Taming Sari, cuba menyelusuri River Cruise, cuba juga Eye On Melaka, berjalan ke Jonker Walk, lawatilah Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Seribu Bunga, Taman Rama-Rama, Planetarium Melaka (di MITC), Makam Hang Tuah, Perigi Hang Tuah, Perigi Hang Li Poh, bersolatlah di Masjid Negeri dan Masjid Selat serta Masjid Kg Hulu begitu juga dengan tempat-tempat lainnya... Jadi, apa di tunggu lagi... JOM KE MELAKA..