Ads

13 Mei 2013

Perjalanan ke Northport dengan Trailler





Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi lagu Seniman Jalanan oleh kumpulan Search yang aku jadikan sebagai nada dering. "siapa pula yang telefon pagi-pagi cuti ni"  aku berkata di dalam hati. Mana tidaknya, tengah syok tidur pada hari ahad.
"Hello! tengah buat apa?"kata suara di hujung talian. "tidur ke?" sambungnya lagi. "ye, tengah tidur le" aku membalas kata sambil memikirkan siapa ni? nombor telefon tiada di dalam simpanan telefon aku. "Oh..ingatkan nak ajak berjalan" katanya lagi. dengan tengah mamai aku terus berusaha mengecam nada suara. "Hmm..nak ke mana" kata aku. " portklang le" pantas dia menyambung. "Oh, kejap. aku tengok hari ini aku ada program ke tak" sambut aku sambil sudah mengenal pasti tuan punya suara di balik sana. "Pukul berapa kau nak gerak?" tanya aku. "Kau tunggu aku kat simpang, setengah jam lagi aku sampai" arahnya. "Ok. aku nak mandi dulu." jawab aku ringkas dan perbualan kami diputuskan. sebenarnya itu perbualan aku dengan seorang kawan yang memandu lori trailler milik sebuah syarikat. namanya Zulkarnain (Apek). Dia ni kawan aku dari kecik sampai sekarang. Dahulu aku ada beritahu dia. "Apek, kau kerja mana sekarang" tanya aku. "bawak lori kontena" jawabnya pendek dan ringkas. "nanti kalau kau nak hantar barang, kau hello aku. hari cuti lagi baik" terang aku. "Ok" katanya lagi ringkas dari tadi. dipendekkan cerita, mari, aku kongsikan pengalaman aku sepanjang perjalanan







 


 






 
 




 

 




 
 
Itulah sebahagian dari gambar yang sempat aku tangkap untuk dimasukkan ke post aku kali ini. Ok, di kesempatan lain aku cerita lagi pengalaman aku. 

2 ulasan:

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..