Ads

04 Julai 2014

Selamat Menyambut Hari Lahir ku





04 Julai-Hari Lahir aku. Tak sangka, Da cecah usia sebegini aku baru dapat kek sempena menyambut tarikh kelahiran aku. Terima kasih nurulduniahatiku.blogspot.com  diatas kesudian dan kesempatan mencari kek tersebut. Love you sayang. Amat-amat hargai apa yang sayang buat dan usahakan. Walaupun di dalam kesuntukan masa dan keadaan, sayang masih lagi sempat menyediakannya. 
Doa dan harapan, moga kita terus bahagia dan berjaya selamanya di dunia dan akhirat.Amin. Tak sangka juga perkenalan kita hanya bermula sepotong ayat "nak top-up Rm100, tapi nak seringgit-seringgit.." itulah ayat permulaan bicara, bertegur sapa. Hee.. banyak juga kenangan manis kita selepas tu; dengan tiupan angin Pantai Siring dan banyak lagi. Tapi sayangnya gambar-gambar tu semua da corrupt dalam memori kad. Aduyaii.. tapi yang penting semua kenangan kita bersama terpahat di minda dan selalu di kenang. 

"Dunia kau dan aku"......

28 Jun 2014

Petua Menghalau Lipas Dalam rumah






Lipas?.. Eeeee..gelinya..pergi lah mana-mana rumah, mahluk berkaki enam ni mesti ada punya dalam rumah. Bezanya antara ia keluar dari tempat persembunyiannya atau tak, yang pasti ia ada. 

Selalunya bila kita terserempak atau di"terperanjatlkan" olehnya, kita akan cepat-cepat ambil apa saja yang dapat kita capai; kalau penyapu, penyapulah sebagai senjata. kalau selipar ke kasut ke itulah senjata untuk mematikannya.


Tapi sedarkah kita yang sebenarnya ada keburukan yang timbul bila ia dipukul? maksudnya disini, bila perutnya pecah. 
Didalam perut lipas sebenarnya ada cacing halus yang mampu hidup diluar perut lipas tersebut bila ia keluar. Bila ia da keluar, ia akan mencari tempat baru untuk dijadikan 'rumah' barunya. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat pada jarak 10-20 cm.
Tak percaya? boleh cuba kaedah ini; letakkan lipas (isi perutnya) di atas alas yang berwarna hitam atau cermin dan anda akan dapat melihat cacing yang meronta-ronta nak cari tempat baru untuknya. Sangat bahaya. Jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutamanya kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.

Antara petuanya:-
  • Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil kemudian letakkannya di kawasan yang disyaki menjadi tempat 'lepak' lipas-lipas.
  • Potong dan letakkan hirisan lemon di 'port' lipas-lipas ini, bila da kering tukar baru hirisan lemon ini.
  • Ambil hujung atau pangkal timun dan letakkan di tempat lipas-lipas bersembunyi.
  • Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkannya di tempat lipas membiak.
  • Letakkan hirisan daun pandan didalam uncang dan buat sedikit lubang dan letakkan uncang tersebut di dalam laci ke almari ke yang menjadi tempat lipas suka 'melepak
Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. 



Kredit : www.wom.my



24 Jun 2014

Simpati, Empati dan Realistik






Kadang-kadang aku terfikir. Bila aku melihat sesuatu yang menyayat hati contohnya kehidupan seorang anak kecil yang begitu daif. Tak kira dimana pun aku tengok, kat TV ke, majalah ke, internet ke. Pokoknya aku tengok hidup mereka yang daif, merempat, tiada makanan dan sebagainya yang mana kita sebagai manusia memerlukan keperluan asas ini.
Aku jadi cepat kesian, betul-betul rasa simpati. 

Empati. Kadang-kadang bila da rasa macam tu, aku selalu cuba meletakkan diri aku di situasi itu. Bagaimanakah rasanya bila kita betul-betul kepayahan mendapatkan makanan, lebih-lebih lagi anak kecil yang tidak memahami apa itu kebersihan; walaupun kita memahami apa itu kebersihan, tapi jika kita berada dalam keterpaksaan kerena terlalu lapar pasti kita akan makan apa saja asalkan boleh menghilangkan sedikit kelaparan. Bila aku meletakan diri aku macam tu, aku akan jadi bertambah sedih dengan keadaan yang aku tengok.

Realistik. Realistik ke aku? Kadang-kadang tertanya juga. Mana taknya, aku dah ada simpati, aku dah ada empati. Masalahnya realistik ke aku ni? aku bagi contoh; Bersamamu-TV3, selalu menyiarkan segmen kesusahan seseorang. Aku tengok mereka semua memang susah. timbul rasa simpati diatas kesusahan mereka. Kemudian akan timbul rasa empati kerana aku begitu kesian melihatkan keadaan tersebut. Keperitan dan kepayahan menjalani liku kehidupan sebagai seorang manusia. Terkadang kita akan mengalir air mata kerana rasa simpati dan empati yang begitu kuat. Tapi, diakhir rancangan kita diminta untuk menghulurkan bantuan ataupun sumbangan melalui bank, datang sendiri, atau yang paling mudah dengan hanya ber'SMS'. Maksud aku disini, bila habis je cerita tu, aku tidak berbuat apa-apa. yang ada hanya simpati dan empati yang kuat sangat rasanya.

Kadang-kadang aku terfikir yang aku sebenarnya hipokrit, kerana aku rasa sedih, kesian dan sebagainya, tapi aku masih tak mampu menolong walau hanya ber'sms' sebanyak RM5.00. Ya Allah ampunkan hamba mu ini.

Simpati, Empati dan Realistik.. atau Hipokrit?

18 Jun 2014

Dalam Dilema : Nak Cakap Salah, Tak Cakap Salah





Tersepit dan terhimpit. Susah nak cakap. Anda pernah rasa? tentu pernah. Tapi itulah lumrah kehidup seorang yang bernama manusia. Punya rasa takut, gelabah, sedih, suka dan paling yang kita semua tak suka bila rasa serba salah mula menyelubungi diri. Betul tak? atau aku je yang tak suka rasa macam tu?...
Yelah kan, kalau nak cakap sesuatu perkara tu takut-takut nanti disalah ertikan pula, walhal kita punya niat bukan untuk buat orang tu tersinggung. Mungkin cara penyampaian tak kena, mungkin juga intonasi tak cantik itu yang menyebabkan mesej yang cuba disampaikan salah diterjemahkan; mungkin juga si penerima mesej tengah ada masalah jadi dia akan menganalisis mesej kita mengikut emosinya masa tu (mungkin kot). Tapi apa pun semua yang kita lalui akan mengikut emosi kita.. kalau tengah riang ria di hari raya maka semua mesej yang dianalisis akan jadi riang ria la juga.. tapi ada juga yang tiba-tiba jadi huru hara sebab si pemberi mesej menggunakan bahasa yang agak kurang sopan. 
Sebenarnya aku saja je nak menaip ni.. tapi hakikatnya tersepit dan terhimpit memang akan dirasai oleh kita semua.. 
Renung-renungkan.. Salam..

14 Jun 2014

Melaka - Semakin Hebat..





MELAKA - Salah satu negeri yang telah wujud sejak lebih 620 tahun. sejak dari penemuan oleh Parameswara (yang menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah selepas kemasukan pedagang Arab yang membawa ajaran Islam ke Melaka) pada tahun 1400 yang lalu, melaka telah melalui berbagai peristiwa. Sila klik pasa pautan untuk mengetahui dengan lebih lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Malacca .
Kini, berbagai usaha dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka dan agensi berkaitan sekarang mahupun sebelumnya untuk mengembalikan zaman kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang mana negeri Melaka adalah sebuah negeri yang sangat masyhur dan kaya raya dengan aktiviti perdagangan dari serata dunia termasuk kuasa besar pada ketika itu iaitu negeri China.
Sejak kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka (Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511), kemasyhuran Melaka semakin merudum. Antara pendekatan yang diambil oleh kerajaan Melaka adalah melalui kaedah pelancongan. Jika dilihat, dahulu kita mengenali Melaka dengan tempat-tempat bersejarah seperti kota A' Farmosa, Bangunan Merah, Perigi Hang Li Poh, Makam Hang Tuah dan kisahnya (yang kini ada seorang profesor mula nak mempertikaikan tentang kewujudan Hang Tuah adalah tidak wujud! shame on you PROFESOR!!). Setelah sejak sekian lama Melaka dikenali dengan sejarahnya, kerajaan negeri telah mewujudkan replika kapal kayu yang terletak di Bandar Hilir dan terbaru adalah mewujudkan Muzium Kapal Selam di Klebang. Kos yang menelan belanja RM12.6 juta ini dijangka siap pada Disember nanti. Sama-sama lah kita menanti.. ahaha.. sekiranya nada berpeluang atau masih mencari tempat untuk bercuti saya cadangkan anda ke Melaka kerana dari waktu siang hingga ke waktu malamnya anda akan disajikan tempat yang menarik untuk dikunjungi. Saya ada bertanya pada salah seorang kenalan saya yang Melaka adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi dan kenalan saya itu bersetuju dan beliau menyatakan yang kunjungan selama 2 hari bersama keluarganya tidak mencukupi kerana banyak lagi tempat yang tidak sempat untuk di kunjungi.. jom lah ke Melaka, cubalah naik Menara Taming Sari, cuba menyelusuri River Cruise, cuba juga Eye On Melaka, berjalan ke Jonker Walk, lawatilah Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Seribu Bunga, Taman Rama-Rama, Planetarium Melaka (di MITC), Makam Hang Tuah, Perigi Hang Tuah, Perigi Hang Li Poh, bersolatlah di Masjid Negeri dan Masjid Selat serta Masjid Kg Hulu begitu juga dengan tempat-tempat lainnya... Jadi, apa di tunggu lagi... JOM KE MELAKA..

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..