Huh! lama jugak aku tak update blog aku ni..nak kata ketandusan idea tak juga, cuma takde masa agaknya..(ceh! cam le sibuk nau !!) ketika ini, maksud aku masa aku menaip entry ni, telinga aku tengah asyik masyok melayan lagu dari indieprestasi of P.Ramlee.. cuma terlintas kat pala otak aku, dulu seingat aku, metal 60an dari kumpulan XPDC meng'rock'kan lagu-lagu lama, teruk mereka dihentam dari pelbagai pihak..tapi untuk kali ini, rasanya cam takde yang rasa tak puas hati, sakit hati pasal ni..bukan aku nak komplen pun tapi sebenarnya aku rasa takde salahnya kita nak memoden lagu-lagu lama dengan irama yang menjadi kegilaan pendengar pada satu-satu masa..sekurang-kurangnya bagi generasi yang baru nanti mereka akan bertanya dari mana datangnya lagu asal tersebut..secara tak langsung lagu itu tidak dilupakan begitu saja..itu pendapat aku..apa pun semua lagu yang sedap didengar aku suka.. tertanya2 bila pulak nak di indieprestasi kan lagu2 dari Allahyarham Sudirman Haji Arshad pulak yea....salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan