Hmm..lama gak aku tak berblog..hari ni aku nak berkongsi pasal segmen di tv3 pada 08.01.2011 tempoh hari. memang da ramai yang komen atau bagi maklum balas tentang segmen 'kedai Dobi OKU' tu. ni aku perspektif pulak..terharu, itu ayat yang amat sesuai aku rasa. manakan tidak, bila tengok kegigihan golongan ini dalam meniti perjalanan hidup disaat masyarakat memandang rendah pada mereka!
Ikram, Syazani dan Salina adalah sebahagian yang dipaprkan malam tu. mereka juga sebahagian dari mereka yang menjalankan perniagaan dobi.
Bukanlah nak salahkan mereka yang memandang rendah tentang kebolehan golongan ni, cuma aku rasa masyarakat kita belum betul-betul terdedah terhadap golongan ini. dan dari pandangan positif, berkemungkinan pakaian mereka juga dibeli dengan harga yang agak mahal agaknya. boleh jadi dia bimbang kalau-kalau pakaian mereka 'ter-rosak' itu kan leh menyusahkan semula golongan ini. walaubagaimanapun, cara kita menolak perlu kena caranya, jangan sampai golongan ini terasa.
Memang masyarakat kita ni masih ada yang prihatin sebenarnya, contohnya pakcik teksi yang mengambil mereka berdekatan pasar yang terletak berhampiran asrama mereka. moga Allah saja yang membalas jasa baik pakcik tu. cuma kalau dapat ambil mereka di asrama aku rasa itu lebih baik.
Tahniah juga kepada penjaga mereka kerana berani mengambil risiko dengan melepaskan mereka untuk berdikari. satu keputusan yang tepat kerana mereka perlu untuk berdikari untuk kebaikan mereka juga di kemudian hari. begitu juga kepada Encik Ong Hock Siew kerana dengan pertolongan darinya yang mana sanggup menyediakan kedai dobi tersebut tanpa mengambil sebarang keuntungan dari hasil perkhidmatan tersebut. Moga sentiasa dimurahkan rezeki kepada yang terlibat dalam usaha murni ni.
Sebagaimana janji Yang Maha Esa " Barangsiapa yang menggembirakan hati orang lain, nescaya Allah akan menggembirakan hatinya pula"
Apa pun keikhlasan hati dalam membantu itu amat penting. dan menolak sebarang kepentingan peribadi. Salam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan