Ads

26 Januari 2011

4 beradik dihalau ke hutan !






Metro, Khamis, 27/01/2011.
Setiu: Gara-gara kakak sulung tak bagi duit gaji hasil dari kerja sambilan di kedai makan kepada bapanya, 3 gadis berusia lapan, 10, 14 dan budak lelaki berusia 7 tahun terpaksa bermalam di hutan ketika hujan lebat berhampiran Kampung Guntung selepas dihalau oleh bapa mereka yang panas baran. Si kakak mendakwa turut disepak, diterajang lelaki berumur 59 tahun itu sebelum 3 lagi adiknya dihalu keluar dari rumah mereka di Kampung Saujana kira-kira jam 1 pagi. Mereka terpaksa berlapar sepanjang malam, sering didera apabila disepak terajang, ditumbuk, dihentak dengan hulu parang serta dicucuh puntung rokok....


bila aku baca artikel berita ni di http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4beradikdihalaukehutan/Article/index_html , rasa geram juga. apa taknya, kadang-kadang aku rasa ada sesetengah manusia sudah hilang rasa perikemanusiaan. dalam kes ni, pelaku adalah seorang islam, lupakah dia bahawa anak-anak itu adalah amanah dari Allah. kena jaga elok-elok, beri didikan agama sebaik-baiknya, beri mereka makan minum dan sebagainya. dimana silapnya hingga dia sanggup mendera anaknya sendiri ke tahap itu? tapi apa yang pasti semoga Allah memberi petunjuk kepada bapa tersebut agar menghargai pemberian dan anugerah yang juga amanah yang harus dipikul olehnya.. InsyaAllah. Salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..