31 Januari 2011
Hujung minggu di Kodiang
Minggu lalu aku g Kedah, negeri jelapang padi. de urusan kat sana. aku tdo uma kwn aku. kat Kodiang.
inilah sebahagian aktiviti aku masa kat sana, ada lagi 1 aktiviti iaitu menjala ikan, tp xde sape nak tlg snapping jd takde le gambar...
29 Januari 2011
Kelantan vs Selangor
Sakit je ati tgk para penyokong perlawanan antara Kelantan lwn Selangor tadi. tak kisah la sape yang baling bunga api tu, penyokong kelantan ke selangor ke..pada yang baling dan bawak bunga api memang bengong! aku sifatkan mereka ni tak ada semangat penyokong langsung! korang tau tak, disebabkan perilaku bangang korang tu permainan terpaksa di henti seketika. bila da jadi camtu bukan selera penonton lain, pemain pasukan korang pun hilang selera da nak main, pudar, hilang semangat mereka, mungkin sebelum perkara tu jadi semua pemain masih kuat semangatnya, tapi bila korang yang bangang dan bengong dan bodoh ni wat hal, semua pemain jadi fed up..pesan aku, lepas ni korang jangan le jadi macam orang yang tahap fikirannya rendah sangat! kalau nak tunjuk yang korang ni memang penyokong setia, hard core tak payah le wat benda2 bodoh tu.. kalau betul korang penyokong setia pd pasukan masing, jangan le sabotaj pasukan sendiri....
28 Januari 2011
ish..ish..ish
26 Januari 2011
4 beradik dihalau ke hutan !
Metro, Khamis, 27/01/2011.
Setiu: Gara-gara kakak sulung tak bagi duit gaji hasil dari kerja sambilan di kedai makan kepada bapanya, 3 gadis berusia lapan, 10, 14 dan budak lelaki berusia 7 tahun terpaksa bermalam di hutan ketika hujan lebat berhampiran Kampung Guntung selepas dihalau oleh bapa mereka yang panas baran. Si kakak mendakwa turut disepak, diterajang lelaki berumur 59 tahun itu sebelum 3 lagi adiknya dihalu keluar dari rumah mereka di Kampung Saujana kira-kira jam 1 pagi. Mereka terpaksa berlapar sepanjang malam, sering didera apabila disepak terajang, ditumbuk, dihentak dengan hulu parang serta dicucuh puntung rokok....
bila aku baca artikel berita ni di http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4beradikdihalaukehutan/Article/index_html , rasa geram juga. apa taknya, kadang-kadang aku rasa ada sesetengah manusia sudah hilang rasa perikemanusiaan. dalam kes ni, pelaku adalah seorang islam, lupakah dia bahawa anak-anak itu adalah amanah dari Allah. kena jaga elok-elok, beri didikan agama sebaik-baiknya, beri mereka makan minum dan sebagainya. dimana silapnya hingga dia sanggup mendera anaknya sendiri ke tahap itu? tapi apa yang pasti semoga Allah memberi petunjuk kepada bapa tersebut agar menghargai pemberian dan anugerah yang juga amanah yang harus dipikul olehnya.. InsyaAllah. Salam
18 Januari 2011
Kedai Dobi OKU
Hmm..lama gak aku tak berblog..hari ni aku nak berkongsi pasal segmen di tv3 pada 08.01.2011 tempoh hari. memang da ramai yang komen atau bagi maklum balas tentang segmen 'kedai Dobi OKU' tu. ni aku perspektif pulak..terharu, itu ayat yang amat sesuai aku rasa. manakan tidak, bila tengok kegigihan golongan ini dalam meniti perjalanan hidup disaat masyarakat memandang rendah pada mereka!
Ikram, Syazani dan Salina adalah sebahagian yang dipaprkan malam tu. mereka juga sebahagian dari mereka yang menjalankan perniagaan dobi.
Bukanlah nak salahkan mereka yang memandang rendah tentang kebolehan golongan ni, cuma aku rasa masyarakat kita belum betul-betul terdedah terhadap golongan ini. dan dari pandangan positif, berkemungkinan pakaian mereka juga dibeli dengan harga yang agak mahal agaknya. boleh jadi dia bimbang kalau-kalau pakaian mereka 'ter-rosak' itu kan leh menyusahkan semula golongan ini. walaubagaimanapun, cara kita menolak perlu kena caranya, jangan sampai golongan ini terasa.
Memang masyarakat kita ni masih ada yang prihatin sebenarnya, contohnya pakcik teksi yang mengambil mereka berdekatan pasar yang terletak berhampiran asrama mereka. moga Allah saja yang membalas jasa baik pakcik tu. cuma kalau dapat ambil mereka di asrama aku rasa itu lebih baik.
Tahniah juga kepada penjaga mereka kerana berani mengambil risiko dengan melepaskan mereka untuk berdikari. satu keputusan yang tepat kerana mereka perlu untuk berdikari untuk kebaikan mereka juga di kemudian hari. begitu juga kepada Encik Ong Hock Siew kerana dengan pertolongan darinya yang mana sanggup menyediakan kedai dobi tersebut tanpa mengambil sebarang keuntungan dari hasil perkhidmatan tersebut. Moga sentiasa dimurahkan rezeki kepada yang terlibat dalam usaha murni ni.
Sebagaimana janji Yang Maha Esa " Barangsiapa yang menggembirakan hati orang lain, nescaya Allah akan menggembirakan hatinya pula"
Apa pun keikhlasan hati dalam membantu itu amat penting. dan menolak sebarang kepentingan peribadi. Salam...
01 Januari 2011
Pantai Puteri, Melaka
Baharin & Kartini |
Sazlina & Mohd Hatta |