|
Tiket KTMB Tampin - Wakaf Bharu |
Station KTMB Tampin / Pulau Sebang
Tarikh : 05.05.2013
ETD : 2248H
ETA : 0900H * Maybe delayed
Ini adalah pengalaman pertama aku menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kelakar je bunyinya. Mana tidaknya, sudah hampir 35 tahun umur aku inilah kali pertama aku nak merasa naik keretapi. Destinasinya ke Kota Bharu dan station yang paling hampir adalah Wakaf Bharu. Mujurlah ada sahabat aku di sana. Encik Ismail bin Yacoob @ Penghulu (gelaran masa kursus) @ Tok Chu (nickname FB dia). Jom ikut pengalaman aku ke Kelantan.
|
2nd class seat |
|
2nd class passage way |
|
the gauges |
Tepat jam 0001H keretapi telah sampai di station Gemas Negeri Sembilan. Lama juga berhenti disini. dimaklumkan bahawa keretapi sedang menukar kepala. Aku ambil kesempatan ini untuk menjelajah ke kafeteria keretapi. Maaf tiada gambar sebab segan lak aku nk tangkap gambar. Nanti orang ingat apa pula. Dari pemerhatian orang yang tidak berapa mahir dalam bab menilai ni, aku rasa tempatnya okay, harga yang diambil kira - standard - sebab dalam keretapi - tiada pilihan lain. Kos untuk nescafe dan air mineral RM4.50.
Oleh kerana aku ambil tiket Senandung Wau, dan perjalannya jam 2248H td, jadi permandangan diluar tidak dapat nak di jelaskan, tapi apa yang pasti rasa cukup menarik bila melalui bukit bukau dan hutan.
Jam sudah pukul 0032H, tapi keretapi masih belum bergerak dari gemas ni. Sambil buat draf untuk post kali ini, aku layan IKIM - internet streaming - nak dengar keputusan pilihanraya ke 13. Jam 0045H keretapi sudah menukar kepala dan memulakan perjalanan.
Jam 0300H - keretapi berhenti lagi, area Mengkarak - Bera, Pahang (kot..). untuk apa berhenti disini tidak pula aku pasti. Malas untuk bangun, aku biarkan saja apa yang mereka tengah buat. lepas ni tak tahu berhenti kat mana lagi.
0700H - Merapoh - Bertam Baru - Bukit Abu - suasana disini memang mengagumkan. kabusnya tebal. santapan mata - kehijauan pepokok, keheningan bukit bukau dan sungai mengalir mengikut alurannya.
Jam menunjukkan pukul 0800H baru sampai Bukit Abu. nampak gayanya lambat lagi nak sampai. aku tengok 'maps' dalam telefon, memang jauh lagi nak sampai ke station Wakaf Bharu. untuk mengelakkan rasa bosan, aku ke kafeteria untuk menikmati minum pagi - nescafe - lepak di kafe.
Sempat juga aku tangkap gambar fasiliti dalam keretapi ni. keseluruhan boleh dinilaikan ditahap okay. tak teruk. setiap hentian yang mengambil masa lama ada tukang cuci akan naik untuk kerja cucian.
Diingatkan, semasa keretapi berhenti kita dilarang menggunakan tandas. al maklum lah..dekat station, kang kalau membuang hajat mau bau satu station tu....
Sekarang da sampai ke Station Kuala Krai.
Sampai di Temangan, panorama hijau pepokok menarik minat aku samabil keretapi meluncur laju merentasi aliran sungai Kelantan.
Hentian Tanah Merah
Hentian seterunya - Hentian Pasir Mas
Akhirnya sampai juga aku di Wakaf Bharu. Alhamdulillah. Selamat.
Mujur aku jengah ke tingkap tadi, kalau tidak memang tak perasan En. Ismail. Kalau tidak mahu terus ke Tumpat pulak aku.
Tok Chu datang bersama dengan isteri dan anaknya Faiz. Aku kemudian dibawa terus ke tempat aku menginap untuk 3 hari 2 malam - Timur Guesthouse - hanya RM69.00 termasuk tax dan service caj.
Tak sangka dan dan rasa bangga juga bila dapat tahu tuan punya guesthouse ni adalah milik seorang anak muda yang dalam lingkungan 27 tahun umurnya. dia juga yang menguruskan sendiri dan menginap disini juga bersama seorang lagi kawannya. bagus betul, muda muda lagi da ada perniagaan sendiri. ada juga penginap dari luar negara yang menginap disini. jadi, Timur Guesthouse ni memang sesuai untuk 'traveller' atau dalam bahasa melayunya 'perayau' menginap disini. layanan serta fasilitinya juga tak kurang bagus. Tok Chu meninggalkan aku di situ untuk menyegarkan semula badan. maklum la 12 jam punya perjalanan. selesai mandi dan Tok Chu selesai berurusan berkenaan kad jemputan perkhawinan anaknya. Faiz.
Kami menuju ke Rantau Panjang untuk berjumpa seorang kenalan. Umi. memang semua orang panggil beliau Umi (Ibu). Tapi malangnya Umi tiada, beliau ke Sungai Buloh Selangor untuk mengundi bersama suaminya. sebelum kami sampai di kedai Umi, aku dibawa singgah di Masjid Beijing (nama sebenar aku tak pasti, tapi orang disini meberi gelaran tu) dan sempat solat zohor di masjid yang indah ini. tapi aku terlupa nak bawa kamera ke dalam masjid. di kawasan dalamnya memang lagi menarik. senibina China Islam.
Lokasi masjid ini tidak begitu jauh dari kawasan bebas cukai Rantau Panjang. Selesai di masjid ini, kami terus ke Rantau Panjang. Malang sekali aku tidak dapat menangkap gambar, bateri telefon bimbit habis, power bank punya pun habis juga. tak sempat nak caj.
Di Rantau Panjang, rasanya tak perlu kau nak cerita panjang lebar, ramai yang sudah sedia maklum kawasan ini. setelah selesai meronda dan membeli sedikit barangan kami terus ke Kota Bharu semula. Setelah sampai di Kota Bharu, jalan tengah bandar ini da mula sesak. aku minta Tok Chu turunkan aku di kawasan berdekatan saja kerana tidak mahu menyusahkan Tok Chu dan keluarganya. aku sempat berjalan ke pasar malam di Kota Bharu. setelah penat, aku ambil keputusan untuk makam malam di KFC sahaja. dan terus pulang ke bilik penginapan sejurus makan.
Selesai menikmati Hot Box Zinger dengan Mountain Dew aku terus ke bilik dan berkira-kira untuk meronda melihat suasana dan ragam orang Kota Bharu di malam hari. setelah berehat di bilik dan telefon bimbit pun sedang dicaj aku berbaring sebentar. 30 minit kemudian aku keluar hendak mandi, rupa-rupanya hujan lebat sudah turun (mungkin melambangkan kesayuan hati rakyat kelantan dengan berita pengunduran atau persaraan bekas Menteri Besarnya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang mengumumkan bersara dari jawatan itu setelah 23 tahun memerinah, dan tempatnya di gantikan dengan timbalannya). maka terbantutlah program aku malam itu. akhirnya aku menyambung untuk membuat draf untuk post ini sebelum terlelap.
Dek kerana tidak cukup tidur semasa di dalam keretapi dan keletihan bersiar-siar, aku terlelap sehingga jam 1100H baru aku tersedar. rencana untuk ke bazaar Siti Khadijah pagi itu terlepas. kerana menurut kata, pagi adalah waktu yang sesuai untuk ke sana.
Daripada maklumat Tok Chu, ada sebuah kedai makan di sekitar situ yang sangat menarik dari segi makanan dan harganya - Nasi Ulam Cikgu - di perkampungan kraftangan.
Mujur Faiz datang dan membawa aku bersama dengan tunangnya dan kak longnya. kalau tidak jenuh juga aku nak mencari di mana letaknya kedai tersebut. selesai menikamati hidangan, kami terus ke Bachok iaitu rumah Tok Chu.
Setelah Faiz menukar kereta (Kancil Turbo) kami terus ke Besut (hantar pulang tunang Faiz dan ke Tok Chu di Kg. Raja). aku sempat dibawa ke beberapa pantai disana sebelum sampai di kg Raja.
Pantai Tok Bali
Pantai Air Tawar
Pantai Bukit Kluang
Setelah sampai ke kampung Raja, aku dapat lihat Tok Chu sedang leka mengecat. rumah ini rumah yang akan dijadikan sebagai rumah persinggahan beliau serta adik beradik lain yang balik ke kampung nanti. Selepas solat Maghrib di masjid berhampiran (belakang rumah aje.. "bukak tingkap, terjun, terus masuk kawasan masjid"...kata Tok Chu). seterusnya aku dibawa makam malam di Restoran Singgah Rasa. aku minta 'Nasi Goreng Singgah Rasa'.
Selepas makan malam, kami terus ke Bachok. sampai di rumah, aku dan Tok Chu berbual panjang. lama juga. aku nampak keletihan di wajah Tok Chu dek kerana bertukang di siang harinya tadi dan meminta diri kerana aku dan Faiz akan singgah ke Wakaf Che Yeh. sekali lagi malang, bateri telefon dan power bank habis. jadi tiada gambar dapat aku tangkap malam itu.
Suasana di Wakaf Che Yeh sama gambarannya seperti uptown di Kota Damansara, Selangor. bezanya disini (Wakaf Che Yeh) lebih besar dan lebih banyak barangan pilihan. harga lebih murah sedikit dari uptown (kalau aku pandai kecek kelate, ambo ghaso ambo boleh dapak mugho lagi..ahaha). penat juga aku berjalan. setelah dapat apa yang aku nak, aku dan Faiz terus ke Timur Guesthouse untuk berehat. Malam itu, Faiz bermalam di Kota Bharu kerana keesokkan pagi dia nak hnatar aku ke station keretapi untuk beli tiket.
Pada keesokkannya, lebih kurang jam 1000H kami bergerak ke station Wakaf Bharu, tiket dimaklumkan telah habis untuk ke Tampin, tapi di maklumkan kemungkinan ada tiket tambahan. keputusannya tengahari nanti. jadi kami pergi ke Kota Bharu bagi mendapatkan sedikit lagi buah tangan untuk aku bawa balik (kesian Faiz terpaksa melayan aku... thanks anyway bro..) tengahari itu kami makan di kawasan station dan aku telah dapat tiket ke Tampin jam 1900H nanti. dan Faiz membawa aku ke Restoran Captain yang terletak berhampiran Tesco Kota Bharu.
Sebuah tempat yang menarik, harga jangan diambil kira. kapal yang di bawah sana (dalam sungai tu) cara penghantaran makanan yang telah siap cukup kreatif dan unik. setelah makanan yang di pesan siap dimasak, mereka akan meletakkan di lif makanan dan menghantarnya ke kapal tersebut menggunakan electric cabel. lama kami disana sambil menikmati angin yang bertiup kencang. cuaca memang panas waktu tu.
Pada jam 1815H Faiz menghantarkan aku ke station Wakaf Bharu dan dia terus ke Tesco untuk berjumpa orang yang buat kad jemputan kahwinnya.
Inilah katil aku. 1st class punya seat. cukup selesa, kebetulan aku seorang saja di cabin ini.
Kesimpulannya; trip aku ke Kelantan ini memang menarik, pengalaman pertama kali menaiki keretapi memang cukup teruja. aku merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Ismail b Yacoob bersama isteri dan anak-anak beliau diatas layanan yang diberikan cukup terbaik (segan juga saya dibuatnya. mana tak nya, dengan tengah repair rumah, jarak bachok ke wakaf bahru dan kota bahru bukan la dekat. hampir 30-45min perjalan berkereta). tapi memang layanan terbaik yang saya terima, benar kata kawan saya bahawa layanan orang kelantan terhadap tetamunya memang lain. istimewa. Terima Kasih Penghulu!. Apa yang boleh dikatakan Kelantan adalah tempat yang menarik untuk dilawati. Pada jam 0600H aku selamat sampai di Tampin/Pulau Sebang dan diambil oleh sepupu aku Sharuddin b Md Yusuf (Atan).
Sekali lagi terima kasih buat En Ismail dan keluarga di atas layanan yang diberikan.