Ads

20 Januari 2012

Melaka - Parameswara






Hari ini aku nak bercerita sikit mengenai orang yang bertanggungjawab menubuhkan Melaka - Parameswara - Merujuk daripada Wikipedia ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Parameswara ) Parameswara adalah berketurunan diraja Srivijaya dan merupakan seorang raja Temasek yang hidup dari tahun 1344 hingga tahun 1414 dan menubuhkan kerajaan Melaka pada tahun 1402.
Menurut sejarah melayu, kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14 menyebabkan keluarga diraja yang terselamat melarikan diri ke pulau-pulau berhampiran yang masih setia terhadap Srivijaya.
Pada tahun 1324, Sang Nila Utama iaitu seorang putera Srivijaya telah menawan Temasek dan berjaya membunuh Gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366 dan secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada 3 dunia" yang melambangkan kekuasaannya keatas Palembang, Bintan dan Temasek. Mangkat pada tahun 1372 dan digantikan anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372-1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386-1399). Selepas itu, pada tahun 1399 cicitnya Dharmaraja menaiki takhta Temasek dan bergelar Paduka Sri Maharaja Parameswara. malangnya pada tahun 1401 baginda telah melarikan diri dari Temasek kerana telah diserang oleh tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang berpaling tadah, Sang Rajuna Tapa.
Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu dan berhasrat menubuhkan kerajaan baru di Biawak Busuk atau Kota Busuk di Muar. Tetapi apabila baginda merasakan bahawa ianya tidak sesuai dan beliau meneruskan perjalanan ke utara. Ditengah perjalanannya beliau dikata singgah di Sening Ujong (Sungai Ujong) sebelum sampai ke muara sungai Bertam (Sungai Melaka), dan seterusnya menubuhkan Melaka sempena terlihat satu kejadian luar biasa yang mana seekor kancil menendang seekor anjing ketika beliau berehat di bawah pohon Melaka.
Parameswara yang menjadi raja Melaka berasakan usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan memperkembangkan Islam berikutan ramai pedagang Gujerat, India dan pedagang Arab berdagang di Nusantara. Kemudian Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak kepada Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada tahun 1414.
Melaka kemudiannya menjadi pelabuhan terkenal dan terpenting di Asia Tenggara. Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka lebih menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He beragama Islam, nama sebenarnya ialah Ma He yang bermaksud Mahmud. Ketika itu China di tadbir oleh Maharaja Yung Lo.
Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka makin terserlah dibawah pemerintahan sultan Muzaffar Syah yang berjaya menentang serangan tentera Siam
gambaran pelukis wajah Parameswara -credited to Wikipedia-




About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..