Ads

24 Februari 2012

Dato' Siti Nurhaliza - Diva?

Hmm.. siapa yang tidak kenal dengan artis yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini. tidak keterlaluan rasanya saya menganggapnya seorang diva Malaysia. Walaupun ada lagi diva-diva dari Malaysia (saya rasalah). Jom kita baca sejarah pemilik suara yang saya anggap lunak, terus terang saya katakan, bila keletihan disebabkan kerja mahupun rasa stress atau tertekan dengan berbagai sebab, saya dapat hilangkan semua itu dan dapat rasa lega dari 'keserabutan kepala' bila mendengar suara lunak darinya. Untuk peringatan, saya memandang dari sudut hiburan dan kalau dari sudut agama, semestinyalah dengan zikir, membaca Al-Quran Nur Karim yang terbaik dari segalanya. Tapi Agama Islam itu indah, hiburan dibenarkan asalkan tidak berlebihan atau melampau-lampau dan saya tidak sama sekali menyanjung tinggi Dato' Siti tapi sekadar rasa terhibur dengan alunan suara lunak beliau. Kadang - kadang rasa terkilan juga bila saya kata saya suka dengar lagu - lagu Siti, ramai yang bersepsi bahawa disebabkan rupa parasnya, memang tidak dinafikan yang wajah Siti memang 'sedap dipandang' oleh sesiapa yang memandang (bertuah Dato' K...ahaha). Pada saya, kecantikan adalah perkara yang subjektif yang mana kecantikan adalah bergantung kepada pandangan individu yang melihat. Tapi saya suka mendengar lagu - lagu Siti disebabkan lagu dan liriknya serta suaranya. Mari saya ceritakan sedikit sebanyak biografi Dato' Siti Nurhaliza.
       Menurut dari Wikipedia Dato' Siti Nurhaliza dilahirkan pada 11 Jan 1979 di berek polis Kg. Awah, Temerloh, Pahang. Beliau juga anak keempat dari 8 orang adik beradik. Tahukah anda bahawa datuk beliau ialah seorang pemain biola yang terkenal dan ibu beliau dalah seorang penyanyi lagu - lagu tradisional.
Si cantik manis - Dato' Siti Nurhaliza
Pada usia 13 tahun, beliau selalu dibawa menyanyi oleh pakciknya di setiap jemputan yang diterima dan kehadiran beliau disambut baik oleh orang ramai malah menyukainya. Beliau bersekolah di Tabika Perkep, Balai Polis Kg. Awah, Temerloh dan di sana beliau telah menunjukkan bakat melalui nyanyian lagu 'Sirih Pinang' dan seterusnya menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Clifford dan meneruskan di Sekolah Menengah Clifford. Beliau juga adalah seorang yang aktif bersukan dan berpidato.
       Pembabitan awal - (1995 - 1996)
 Dato' Siti membabitkan diri secara langsung melalui rancangan Bintang HMI yang dikelolakan oleh RTM dan di situ beliau mendapat tunjuk ajar dari seorang komposer yang terkenal, Adnan Abu Hassan dan akhirnya menjuarai pertandingan tersebut melalui lagu yang dipopularkan oleh Aishah, 'Camar Yang Pulang'. Dan memilih Suria Record dari 3 agensi lain iaitu Sony Music, BMG Music dan Warner Music. Suria Record telah melancarkan single pertama dengan mempertaruhkan lagu 'Jerat Percintaan'. Hasil dari percubaan itu beliau berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu yang ke-11 serta membolot banyak kategori lain termasuk Bintang Paling Popular.
       Perkembangan karier - (1997 - 2006)
Setelah keluarnya album pertama, Siti menjadi tokoh terkenal dalam budaya pop Melayu. Beliau terus menjayakan lagu hit demi album hit, lagu-lagunya yang pelbagai genre termasukpopR&B, dan tradisional. Suara dan senikatanya nyata disambut hangat oleh masyarakat di MalaysiaSingapuraBrunei dan Indonesia.
Pada 12 Januari 1998, Siti membuka Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. sebagai agen rasmi yang akan menguruskan segala aktiviti seni beliau dengan lebih tersusun. Pada tahun yang sama, Siti buat pertama kalinya muncul di pentas antarabangsa di upacara penutupan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 21 September, di mana beliau berkongsi pentas dengan CĂ©line Dion dan Rod Stewart untuk menghiburkan para hadirin. Upacara ini disiarkan di 70 buah negara, maka inilah kali pertama Siti Nurhaliza disaksikan oleh mata dunia.
Lahirnya seorang bintang
Siti menerima anugerah luar negara pertamanya ketika bertanding di Shanghai Music Festival 1999 di China, di mana beliau menggondol anugerah tertinggi iaitu Anugerah Emas. Pada tahun yang sama, beliau menyertai South Pacific International Song and Singing Competition 1999 di Gold CoastQueenslandAustralia hingga merangkul gelaran 'Pop Winner' dengan mengetepikan ramai pesaing dari Pasifik Selatan, dan juga mengungguli kategori 'Top 40 for International Song' dengan single "We'll Be As One". Siti turut menarik perhatian juri dengan kehebatan vokalnya sehingga dikurniakan hadiah 'Best Female Vocal Performance' dengan lagu itu juga. Pada tahun 2002, Siti menyertai pertandingan Voice of Asia diKazakhstan, di mana beliau merangkul gelaran tertinggi 'Grand Prix Champion'.
Setelah banyak meraih anugerah, nama Siti semakin berkembang di benua Asia. Pada tahun 2003, Siti ke Jepun untuk mengadakan konsert di Yokohama setelah mengetahui singlenya, "Percayalah" dan lagu-lagu lainnya disambut baik di situ.
Siti ialah artis bukan Cina pertama yang dijemput untuk membuat persembahan di majlis Golden Melody Awards ke-15, Taiwan pada tahun 2004. Selain bernyanyi solo, beliau juga berduet dengan Leehom Wang dengan lagu klasik "Yue liang dai biao wo de xin" ("Bulan lambang hatiku", nyanyian asal Teresa Teng).
Siti turut menjayakan konsert solo di Royal Albert HallLondon pada bulan April 2005, sungguhpun kebanyakan hadirinnya merupakan warga Malaysia yang tinggal di United Kingdom atau datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan konsertnya. Akhbar British menggelarnya "Asia's Celine Dion" kerana kekuatan vokal dan persembahan yang cemerlang, apatah lagi paling banyak single nombor satu di Malaysia ketika ini.
Setakat ini, Siti Nurhaliza tidak terlepas membuat persembahan di MTV Asia Award semenjak pengnanugerahan tersebut diperkenalkan pada tahun 2002. Pada edisi 2005 di Bangkok, Siti dikejutkan oleh gelaran "The Voice of Asia" yang diberikan oleh Alicia Keys sebagai pengiktirafan kepada kekuatan vokalnya serta pencapaiannya di peringkat tempatan dan antarabangsa. Seorang vokal instruktor dari Indonesia juga menyatakan Siti Nurhaliza mempunyai 4 oktaf vokal range.

2006–2009: Perkahwinan dan kesinambungan kegemilangan

Album studio ke-11 Siti, Transkripsi, merupakan album pertama terbitan SNP yang diterbitkan pada tahun 2006. Album Transkripsi cemerlang dengan dikurniakan sijil 3 kali platinum kerana jualan melebihi 80,000 unit, menggondol anugerah Album Terbaik dan Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14, di samping juga membantu Siti merangkul tiga anugerah (Lagu Terbaik untuk "Biarlah Rahsia", Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular) Anugerah Planet Muzik pada tahun yang sama.
Setelah sekian lama dikhabaranginkan, pada 17 Julai 2006, Siti membuat pengumuman di sidang akhbar bahawa beliau menerima lamaran perkahwinan Datuk Khalid Mohamad Jiwayang sebelum ini hanya dikenali sebagai "Datuk K". Majlis pertunangan dan akad nikah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Putrajaya, pada 21 Ogos 2006, di hadapan kira-kira 2.86 juta penonton TV menerusi siaran langsung. Jamuan perkahwinan pertama yang gilang-gemilang dengan kehadiran kerabat diraja, artis dan saudara-mara diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2006, dan disaksikan oleh 6.307 juta penonton di seluruh negara, walaupun terpaksa berkongsi masa dengan temubual Santai bersama Mawidan Ina di RTM1. Majlis bersanding diadakan pada 3 September 2006, di Kuala LipisPahang. Perkahwinan Siti dan Datuk Khalid ini tersenarai di tangga ke-16 dalam senarai 20 Perkahwinan Terunggul seluruh dunia pada tahun 2006 (berdasarkan carian pengguna) dalam blog Yahoo! Buzz.
Pada 24 Oktober 2006, dua bulan selepas bergelar Datin hasil perkahwinannya, Siti dikurniakan pangkat 'Darjah Indera Mahkota Pahang' oleh Sultan Haji Ahmad Shah dari Pahang yang membawa gelaran Dato' di hadapan nama penerimanya.
Siti Nurhaliza juga telah memeriahkan acara permaidani merah di Anugerah Grammy yang bertempat di Staples Center, Los Angeles pada 11 Februari 2007. Pembabitan Siti Nurhaliza ini menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama yang diberi penghormatan berjalan di atas permaidani merah di majlis Grammy yang berprestij itu.
Pada 20–21 April 2007, Siti mengambil bahagian dalam Konsert Istana Cinta Nostalgia, sebuah acara penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma diIstana Budaya, Kuala Lumpur yang mempersembahkan pelbagai lagu ciptaan Tan Sri P. Ramlee sendiri, yang dinyanyikan oleh Siti dan artis jemputan yang lain.
Siti Nurhaliza di belakang pentasKonsert Suara Hati Sudirman Arshadpada April 2007.
Tahun 2007 juga menyaksikan penyertaan Siti dalam rakaman runut bunyi filem, yang mana beliau menyumbangkan lagu "Menanti Pasti" untuk filem Kayangan, dan "Hati" untuk 1957: Hati Malaya. Hanya lagu Hati disertakan dalam album studio ke-12 beliau, Hadiah Daripada Hati dan juga menerima anugerah Lagu Tema Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.
Dalam cubaan berlakon pertamanya, Siti memegang watak Azizah, kekasih misteri P. Ramlee, dalam muzikal Remy… Kisah P. Ramlee, sebuah lagi penghormatan kepada P. Ramlee, di Istana Budaya pada 19 Oktober hingga 3 November 2007.[25]
Album studio ke-12 Siti, Hadiah Daripada Hati keluar pada 10 Disember 2007. Lagu "Ku Mahu" daripada album ini menjadi single pertama dan lagu tema siri televisyen Spa Q. "Melawan Kesepian" menjadi single kedua dan runut pertama yang ada video muzik. Lagu ini adalah rakaman semula daripada lagu asal dendangan kugiran Jikustik dari Indonesia. Usaha lakonan pertama beliau dalam Remy juga memperkenalkan single ketiganya, "Mulanya Cinta", ciptaan Dick Lee dari Singapura. Album ini meraih anugerah-anugerah Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Melayu) (untuk lagu "Cintamu"), dan Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Wanita) (buat kali kesembilan) pada Anugerah Industri Muzik 2008.
Siti juga menjadi antara tokoh-tokoh yang paling kerap dicari oleh pengguna Google dari Malaysia, menurut data Google's 2007 Malaysia Year-End Zeitgeist, mengatasi selebriti lain seperti Paris Hilton dan Britney Spears. Pada Januari 2008, Siti dinamakan sebagai salah seorang daripada Asia's Idols oleh Asia News Network kerana pencapaian yang menjadi contoh serta mencapai taraf ikon hiburan Malaysia.
Pada 26 Disember 2008, keluarnya album studio Siti yang ke-13, Lentera Timur, album etnik kreatif keempat daripada beliau. Siti mengulas bahawa album ini mengandungi lagu-lagu yang lebih moden dan kontemporari, tidak seperti genre tradisional yang pernah didendangkannya sebelum ini. Sembilan daripada 13 lagu terpilih didatangkan daripada bengkel penulisan lagu "Cipta Ekspress – Berirama Malaysia" yang dianjurkan oleh Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Malaysia (MACP) khas untuk mencari bahan untuk album ini. Album Lentera Timur meraih anugerah Albom Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik keseluruhan, di samping Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Wanita) (untuk "Di Taman Teman") di Anugerah Industri Muzik 2009. Pada tahun 2009 juga, kekayaan Siti dianggarkan mencecah RM 50 juta oleh MTV Asia, sekaligus memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang jutawan dalam bidang hiburan Asia Tenggara.
Siti merakam dua lagu untuk filem Indonesia, Perempuan Berkalong Sorban, iaitu "Ketika Cinta" (lagu asal Opick) dan "Batasku Asaku" (lagu baru ciptaan Siti). Kedua-dua lagu tersebut disertakan dalam album studio ke-14-nya, Tahajjud Cinta.
Pada 15 Februari 2009, bapa Siti, Taruddin Ismail meninggal pada 11.50 pagi ketika usia 67 tahun, setelah menjalani pembedahan pintasan jantung, meninggalkan tujuh anak dan 10 cucu. Sempena mengenang pemergian arwah bapanya, Siti berkabung selama 40 hari dan menghindari aktiviti hiburan sepanjang tempoh itu, kecuali Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 Hijrah. Selepas habis berkabung, Siti menjayakan SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza, sebuah konsert tiga hari yang bermula pada 26 Jun 2009 di Kuala Lumpur. Tiket-tiketnya habis dijual sebelum malam pertama. Di samping mendapat sanjungan tinggi daripada para penonton, persembahan ini dihadiri hadirin yang terkenal dari serantau seperti Krisdayanti dan Rossa dari Indonesia.
Pada 23 Julai, kemahirannya selaku bekas duta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia diuji apabila beliau bersama seorang doktor panel Media Prima melakukan resusitasi jantung paru-paru (CPR) pada Yasmin Ahmad apabila sutradara itu rebah tiba-tiba ketika membuat pembentangan di Sri Pentas. Yasmin meninggal dalam hospital akibat angin ahmar dua hari kemudian.
Pada bulan Ogos, Siti dikurniakan saluran sendiri beliau di saluran 188 Astro, iaitu Channel Siti selama 28 jam pada 30 Ogos 2009, untuk menayangkan rakaman konsert SATU pada Jun lalu, rakaman Fantasia Tour pada tahun 2004 dan video muzik Siti pilihan.
Pada 9 September 2009, di tengah bulan puasa, album Tahajjud Cinta akhirnya keluar dengan menampilkan lagu-lagu bergenre kerohanian. Pada 28 Disember, keluarnya sebuah lagi album duet Siti Nurhaliza bersama Krisdayanti, iaitu CTKD, di pasaran Malaysia, diikuti keluaran di pasaran Indonesia pada 27 Januari 2010.

20 Januari 2012

Melaka - Sultan Mansur Syah





Melaka - Pemerintahan Sultan Mansur Syah - kali ini aku nak bercerita mengenai Sultan Mansur Syah dalam mentadbir kerajaan Melaka dari tahun 1456 - 1477 iaitu memerintah selama 21 tahun ( Rujuk: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mansur_Shah ).
Sultan Mansur Syah adalah gelaran kepada Raja Abdullah dan menaiki takhta Kesultanan Melayu Melaka selepas kemangkatan bapanya Sultan Muzaffar Syah. Menurut Tom Pires yang menulis Suma Oriental: 
"Mamsursa (Mansur Syah) memerintah dengan bijaksana dalam kerajaannya, bermesyuarat dengan orang-orang tua untuk pemerintahan yang baik dalam perkara-perkara keadilan serta keselamatan negeri; menyatukan rakyatnya.." 
Baginda menjalankan dasar perluasan wilayah dalam pemerintahannya. Antara negeri taklukan Melaka adalah Selangor, Bernam, Manjung, Rupat, Bentan dan pulau sekitarnya. Dari segi pertahanan pula, baginda menitahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang sebagai benteng di pantai timur. Kampar dan Siak juga ditawan tetapi gagal menawan Pasai dan Aru kerana dikatakan kedua-dua negeri ini memiliki hulubalang yang tiada tandingan. Sebaliknya, Inderagiri dan Siantan diberi percuma oleh kerajaan Majapahit apabila baginda berkahwin dengan puteri Batara Majapahit itu.
Antara tindakan bijak baginda ialah dengan menawan Raja dan mengislamkan mereka kemudian memberi permaisuri Melaka untuk Raja tersebut. Antaranya Raja Siak dikahwinkan dengan puteri baginda yang bernama Raja Mahadewi, baginda juga mengahwini puteri-puteri dari negeri tawanan seperti Puteri Wanang Sari dari Pahang, Radeh Galoh Candra Kirana dan anak-anak menteri seperti Tun Putih Sri Pualam. Malah mengambil puteri-puteri negeri lain berbagai bangsa seperti Puteri Hang Li Poh dan lain-lain sebagaimana catitan Tom Pires : 
"Baginda mengambil puteri-puteri yang cantik-cantik daripada saudagar Parsi dan Keling, menjadikan gundik baginda, mengislamkan mereka sebelum kahwin, dan mengahwinkan mereka dengan anak-anak menteri dan disertakan emas kahwin; dan adat perkahwinan berbagai bangsa di Melaka tidak menghairankan.." 
ini antara penyebab pengembangan Islam yang luas di kepulauan melayu.
Menurut Pires lagi, Sultan Mansur Syah juga membina masjid di kaki Bukit Melaka yang terletak berhampiran jambatan yang menyeberangi Sungai Melaka. Baginda menurunkan cukai keatas barangan dagangan yang menyebabkan pedagang berminat untuk singgah ke Melaka. Sistem Cukai Keutamaan diperkenalkan, pedagang dari sebelah barat seperti India, Arab dan lain-lain dikenakan cukai sebanyak 6% dan orang tempatan dikenakan cukai sebanyak 3% yang menghairankan pedagang dari timur seperti China, Jepun dan Jawa tidak dikenakan cukai.
Sultan Mansur Syah turut memuliakan alim ulama sambil mendalami ilmu agama hingga ke tahap Ilmu Tasawuf. Apabila kitab Ad Darrul Manzum karangan Maulana Abu Ishak diarak dari kapal sampai ke balairung, baginda datang sendiri berguru dengan Maulana Abu Bakar. Kemudian menitahkan supaya kitab itu diterjemahkan ke bahasa melayu di Pasai oleh Makhdum Patakan. Dalam hal keagamaan, baginda lebih suka merujuk di Pasai kerana negeri itu lebih kanan dalam hal agama. Kanun undang-undang Melaka dikatakan mirip keislaman dan qadhi Melaka ketika itu Sayid Yusof, anak kepada Sayid Abdul Aziz yang mengislamkan Melaka. Kemuncak kegemilangannya disebabkan diperintahkan oleh raja yang adil, berilmu dan beragama. Ditambah pula dibantu oleh Paduka Bendahara Tun Perak dan hulubalang-hulubalang. Tambah Pires lagi : 
"...tidak diragui lagi bahawa Melaka begitu penting dan beruntung sekali, nampaknya pada saya tiada bandingannya dalam dunia...barang siapa yang jadi raja Melaka meletakkan tangan ke kerongkong Venice.."



Melaka - Parameswara






Hari ini aku nak bercerita sikit mengenai orang yang bertanggungjawab menubuhkan Melaka - Parameswara - Merujuk daripada Wikipedia ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Parameswara ) Parameswara adalah berketurunan diraja Srivijaya dan merupakan seorang raja Temasek yang hidup dari tahun 1344 hingga tahun 1414 dan menubuhkan kerajaan Melaka pada tahun 1402.
Menurut sejarah melayu, kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14 menyebabkan keluarga diraja yang terselamat melarikan diri ke pulau-pulau berhampiran yang masih setia terhadap Srivijaya.
Pada tahun 1324, Sang Nila Utama iaitu seorang putera Srivijaya telah menawan Temasek dan berjaya membunuh Gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366 dan secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada 3 dunia" yang melambangkan kekuasaannya keatas Palembang, Bintan dan Temasek. Mangkat pada tahun 1372 dan digantikan anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372-1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386-1399). Selepas itu, pada tahun 1399 cicitnya Dharmaraja menaiki takhta Temasek dan bergelar Paduka Sri Maharaja Parameswara. malangnya pada tahun 1401 baginda telah melarikan diri dari Temasek kerana telah diserang oleh tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang berpaling tadah, Sang Rajuna Tapa.
Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu dan berhasrat menubuhkan kerajaan baru di Biawak Busuk atau Kota Busuk di Muar. Tetapi apabila baginda merasakan bahawa ianya tidak sesuai dan beliau meneruskan perjalanan ke utara. Ditengah perjalanannya beliau dikata singgah di Sening Ujong (Sungai Ujong) sebelum sampai ke muara sungai Bertam (Sungai Melaka), dan seterusnya menubuhkan Melaka sempena terlihat satu kejadian luar biasa yang mana seekor kancil menendang seekor anjing ketika beliau berehat di bawah pohon Melaka.
Parameswara yang menjadi raja Melaka berasakan usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan memperkembangkan Islam berikutan ramai pedagang Gujerat, India dan pedagang Arab berdagang di Nusantara. Kemudian Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak kepada Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada tahun 1414.
Melaka kemudiannya menjadi pelabuhan terkenal dan terpenting di Asia Tenggara. Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka lebih menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He beragama Islam, nama sebenarnya ialah Ma He yang bermaksud Mahmud. Ketika itu China di tadbir oleh Maharaja Yung Lo.
Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka makin terserlah dibawah pemerintahan sultan Muzaffar Syah yang berjaya menentang serangan tentera Siam
gambaran pelukis wajah Parameswara -credited to Wikipedia-




19 Januari 2012

Melaka - Semakin Hebat..




MELAKA - Salah satu negeri yang telah wujud sejak lebih 620 tahun. sejak dari penemuan oleh Parameswara (yang menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah selepas kemasukan pedagang Arab yang membawa ajaran Islam ke Melaka) pada tahun 1400 yang lalu, melaka telah melalui berbagai peristiwa. Sila klik pada pautan untuk mengetahui dengan lebih lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Malacca .
Kini, berbagai usaha dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka dan agensi berkaitan sekarang mahupun sebelumnya untuk mengembalikan zaman kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang mana negeri Melaka adalah sebuah negeri yang sangat masyhur dan kaya raya dengan aktiviti perdagangan dari serata dunia termasuk kuasa besar pada ketika itu iaitu negeri China.
Sejak kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka (Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511), kemasyhuran Melaka semakin merudum. Antara pendekatan yang diambil oleh kerajaan Melaka adalah melalui kaedah pelancongan. Jika dilihat, dahulu kita mengenali Melaka dengan tempat-tempat bersejarah seperti kota A' Farmosa, Bangunan Merah, Perigi Hang Li Poh, Makam Hang Tuah dan kisahnya (yang kini ada seorang profesor mula nak mempertikaikan tentang kewujudan Hang Tuah adalah tidak wujud! shame on you PROFESOR!!). Setelah sejak sekian lama Melaka dikenali dengan sejarahnya, kerajaan negeri telah mewujudkan replika kapal kayu yang terletak di Bandar Hilir dan terbaru adalah mewujudkan Muzium Kapal Selam di Klebang. Kos yang menelan belanja RM12.6 juta ini dijangka siap pada Disember nanti. Sama-sama lah kita menanti.. ahaha.. sekiranya anda berpeluang atau masih mencari tempat untuk bercuti saya cadangkan anda ke Melaka kerana dari waktu siang hingga ke waktu malamnya anda akan disajikan tempat yang menarik untuk dikunjungi. Saya ada bertanya pada salah seorang kenalan saya yang Melaka adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi dan kenalan saya itu bersetuju dan beliau menyatakan yang kunjungan selama 2 hari bersama keluarganya tidak mencukupi kerana banyak lagi tempat yang tidak sempat untuk di kunjungi.. jom lah ke Melaka, cubalah naik Menara Taming Sari, cuba menyelusuri River Cruise, cuba juga Eye On Melaka, berjalan ke Jonker Walk, lawatilah Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Seribu Bunga, Taman Rama-Rama, Planetarium Melaka (di MITC), Makam Hang Tuah, Perigi Hang Tuah, Perigi Hang Li Poh, bersolatlah di Masjid Negeri dan Masjid Selat serta Masjid Kg Hulu begitu juga dengan tempat-tempat lainnya... Jadi, apa di tunggu lagi... JOM KE MELAKA..

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..