Ads

Memaparkan catatan dengan label lah tahzan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lah tahzan. Papar semua catatan

17 Julai 2010

Pilihan ??..terserah anda untuk menentukan

Idup ni memang bersandarkan pilihan, apa yg kita pilih itu lah yang kita akan dapat. all that depend on apa yang kita pilih. klu yang baik kita pilih, insyaallah yang baik kita dapat, andainya yang buruk kita pilih maka tunggu saja blsn dari-Nya. Pilihan sudah tentunya membuatkan kita sentiasa berfikir. secara tak lgsung otak kita bergerak untuk meneliti apa faedahnya jika kita memilih sesuatu pilihan itu. sebab tu kita di anugerahkan akal dan fikiran. iaitu sesuatu yg istimewa yang kita dapat berbanding dengan mahluk lainnya. tapi, adakah kita menggunakan akal dan fikiran kita sebaiknya?? fikir-fikirkan lah sendiri sejauh mana dan sebijak mana kita menggunakannya...

12 Julai 2010

Suratan atau kebetulan

hmm..masih wujud ke kebetulan di dlm hidup kita ni?? satu lg persoalan yang timbul bila kita mula memikirkan sesuatu..wujud ke? bagaimana kebetulan yang di maksudkan? contohnya, apakah ia satu kebetulan apabila kita terserempak dgn kemalangan? atau itulah suratan yang telah ditetapkan untuk kita menemukan kemalangan tersebut? atau apakah ianya satu kebetulan kita menjumpai sejumlah wang ringgit di tepi jalan? atau ianya memang suratan yang telah di catatkan yang kita akan menjumpainya?? camne kita nk describe antara kebetulan dan suratan yang telah diatur oleh yang Maha Mengetahui? think n think again. thinking can make our brain excellent...

08 Julai 2010

sabar itu separuh dari...

ckp psl sabar, sememangnya sabar itu separuh dari iman. kita seharusnya sentiasa sabar dlm apa jua situasi; tak kira masa sng mahupun sebaliknya. kdg2 de hal yg kita wat, de perkara yg kita ckp menyebabkan org lain terasa. kerana ada perkara yg kita anggap kecil tetapi terlalu besar untuk org lain.. so we should to be careful when make a statement, talking,doing,laughing,walking, running,jumping.looking and other else. remember "it is good if we dont realize how good we are, but it was worst if we dont realize how bad we are"..

28 Jun 2010

bersatu teguh,bercerai pasti akan roboh..

bersatu teguh..itu memang pasti. kerana jika sebatang lidi/ranting itu berseorangan apabila dipatahkan ia akan senang di tewaskan. berbanding jika lidi/ranting itu diikat bersama;duduk rapat pasti akan kukuh..dan begitulah sebaliknnya.jika di convert kan dlm kehidupan seharian, ikatan kekeluargaan especially; ia memang penting..aritu ada dok berkumpul aku adik beradik ngan family masing2 membuatkan aku happy sebab da lama x keluar mcm tu..kami lepak kat 'mee sup Hassan' yang memang terkenal dengan kelainannya. for those who read this blog and if you all come to Melaka, plz try it.lokasinya kt Tengkera.pastu kami ke Pantai Puteri lepak ramai2 amek angin petang..Happy aku rasa..maybe dorg x perasan.what ever pun, Alhamdulillah sebab some of my problem get a little bit solve..walaupun pening tapi it has hikmah yg tersendiri. jika di perhalusi setiap kejadian yg menimpa kita pasti ada yg bersangkutan..kerana itu yang telah diaturkan oleh Sang Pencipta..Syukur Alhamdulillah..berkat kesabaran dan sedikit ujian, 2 perkara dpt di selesaikan..ada misi lagi  yang harus di selidik, fikir dan diselesaikan secara berhemah tanpa ada yang terasa. InsyaAllah, dgn izin dari-Nya pasti akan timbul jln penyelesaiannya kelak...Amin

26 Jun 2010

mentimun dan durian

hmm..antara mentimun dan durian; pe yg boleh dikatakan??..mentimun akan tetap menjadi mentimun kerana bila di golek pun kena menggolek pun kena jgak.kerana durian itu punya tahap yg keras dan berduri banyak. kalau tidak manakan tidak ia di gelar raja segala buah. tapi mentimun sentiasa sedar walau betapa pun org memandang remeh hal mentimun, timun tetap menjadi bahan asas dalam menyediakan nasi lemak.biarpun sebagai hiasan tapi ia menyelerakan si pemakan. jika durian itu raja segala buah, mentimun tetap sedar bahawa apabila telah ditakdirkan durian itu menjadi tempoyak, ia pasti akan duduk bersama mentimun bagi menyemarakan selera kita yang makan.
Jadi, jgn lah kita terlalu taksub dgn pangkat dan darjat yang di kurniakan oleh yang Maha Berkuasa. kerana itu semua adalah ujian untuk kita dalam menggunakan akal fikiran untuk melaksanakan kuasa pangkat yang kita terima. jangan sesekali menginiaya orang kerana doa orang yang dianiaya sentiasa di makbulkan yang Maha Pandengar...Amin

22 Jun 2010

pengatur yang Maha Mengetahui

..hm..setiap perjalanan, pergerakan, perlakuan dan semuanya adalah telah diatur oleh yang maha pencipta akan rantaian ataupun berkaitan. Antara kira perasan atau tak, ia selalunya di anggap sebagai satu kebetulan. tetapi semuanya adalah di dalam pengaturan yang baik dari yang Maha Berkuasa.
sebagai contoh, pada ahad yg lalu aku telah menerima tentang berita kematian pak sedara aku, oleh kerena perjalan untuk kesana memakan masa dan risau mengenai perjalanan ku nanti selepas semuanya selesai di rumah arwah pak sedara, aku telah memohon untuk pelepas dari bekerja pada ari isnin nanti..
pada ptg itu, satu lg kejadian yang menimpa family aku. kali ini kejadian ini memerlukan aku berada lebih lama sedikit di rumah.,jom kita kupas sekali lalu mengenai perkaitannya:
selapas menerima dan mendapat kelulusan bekerja,aku di kaitkan pula dengan pemohonan cuti yang mana aku tak perlu blk ke tempat kerja dan kemudian blk semula ke kampung. kebaikannya adalah aku tak perlu untuk berulang-alik dari kampung ke tempat kerja...yang lainm anda fikirkan..

20 Jun 2010

hidup hanya sementara;kematian sebuah persinggahan..

hm.at 0001 hour last night,i've got 1 phone call that told me my bapak sedara meninggal dunia..Innalillah..tp bila di kenangkan kembali,ada eloknya beliau pergi setelah 2 tahun terlantar koma tak sedar kan diri tak leh nak grk  bercakap jauh sekali..semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Amin..
tat kala memikirkan nasib diri sendiri t camne kesudahannya membuat kn aku gementar.ready kah aku nk tempoh,pe bekalan yang akan dibawa??cukup ke bekalan tu??apa yang aku tinggalkn?? sememangnya kita manusia sering melakukan salah..tp adakah kita basahkan lidah kita dengan bacaan "Astagfirullah al azim.."??
seharusnya kita kena macam tu..minta di ampun dosa-dosa kecil yang kita tahu mahupun x tahu....
bila terlihat kelibat jenazah diangkat untuk di masukkan ke liang lahat,gerun.bagaimana keadaannya nanti..
apabila sampai masa untuk di kebumikan,lebih mengerunkan aku rasa,akan tinggal keseorangan di sana.. apakah bekalan aku nanti cukup untuk menemani aku di sana.."Ya Allah,Ampunkan segala dosaku dan Dosa IbuBapaku,kasihani lah mereka seperti mana mereka mengasihani ku sejak dari kecil"..Amin..

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..