Ads

Memaparkan catatan dengan label al quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label al quran. Papar semua catatan

04 Mac 2013

Memendam rasa....


Apa lagi nak di ucapkan.. tersepit dalam masalah sendiri, rasa seperti orang memandang serong, rasa seperti orang tengah bercakap mengenai hal aku.. tetapi apa nak di katakan lagi.. mulut orang bukan kita boleh tutup, hak mereka nk cakap apa-apa pun.. akan tetapi jauh di lubuk hati, selalu fikir itu semua mungkin mainan perasaan sendiri, sebabnya kita sendiri "merasakan" seperti orang sekeliling sedang bercakap mengenai hal kita, walhal hanya Allah jua yang tahu apa sebenarnya yang berlaku..
Tetapi itulah manusia yang tidak "Maksum". "Hendaklah kamu selidiki sesuatu perkara yang disampaikan..". naluri manusia sememangnya begitu, sering membuat persepsi negatif dari positif, walaupun keduanya di pandang, tapi hanya segelintir yang mahu melihat sesuatu perkara secara positif, biarpun banyak kajian telah dibuat, apabila kita memandang kepada negatif hasilnya kita hanya mahu lihat apa yang mahu kita lihat sahaja. benar kita hanya manusia biasa, sering melakukan kesilapan dan kesalahan, masalahnya berapa ramai orang yang memandang kesalahan dan kesilapan kita sebagai sesuatu yang positif. malah, ada juga yang memandang sepi tanpa mahu mengatakan komen mereka semuanya atas alasan; "Jangan jaga tepi kain orang". 
"Jangan jaga tepi kain orang".. pepatah melayu yang telah lama berakar umbi di minda datuk nenek, mak ayah kita malah anak-anak kita. maksudnya pula "jangan campur urusan orang". persoalannya, wajarkah kita sedemikian? bukankah kita digalakkan untuk mengambil tahu hal jiran-jiran kita? adalah kita berdosa sedangkan kita sedap menikmati makanan enak, lain pula halnya dengan jiran kita yang sedang berkelaparan.
mungkinkah begitu yang dimahukan oleh pepatah melayu ini? bukankah pepatah ini akan disalah tafsir oleh segelintir kita nanti yang akhirnya akan disalah ertikan juga oleh anak-anak kita nanti maksud sebenar akan pepatah melayu ini.
masih boleh digunapakaikah pepatah melayu ini? jawapannya? bagi aku sendiri, memang masih perlu, tapi perlu diterangkan pada generasi yang sedang meningkat naik akan maksud pepatah ini. pengalaman menetap di kota, menzahirkan perkara ini dititipkan malam ini, terkenang bagaimana kehidupan kejiranan di kawasan itu. setiap pagi keluar bekerja, petang balik kerja terus sahaja jiran ini masuk ke rumah dan menutup pintu begitulah juga hari berikutnya. malah lebih parah lagi mereka tidak kenal jiran mereka. siapa yang harus disalahkan? "kalau tidak tahu menari, jangan tanah tinggi rendah disalahkan"... halus benar gaya orang dahulu nak menegur.. tapi itulah hakikatnya sekarang ini, kita lebih gemar berkata di pejabat mahupun dgn kawan-kawan sekampung "jiran aku tu, kau tahu tak, tak pernah nak jengah aku/ tak pernah aku nampak/ dan macam-macam lagi".  tapi pernahkah kita terfikir "apakah jiran kita juga berfikir sedemikian mengenai kita". itulah hakikatnya kita, sering menyalahkan orang lain dahulu sebelum diri sendiri. apa yang sebenarnya berlaku? yang sebenarnya berlaku adalah kita sedang menunggu jiran tersebut menegur kita dan begitu jugalah jiran kita itu. bagaimana hendak mengubahnya? caranya tak perlu tunggu orang lain menegur kita sebaliknya kitalah yang sepatutnya menegur sapa jiran kita itu.. bila ramai yang berfikir demikian secara tidak langsung terjadilah rangkaian pertalian/ hubungan baik sesama kita tanpa mengambilkira apa pun agama mereka.
"Jika kamu tidak berani memulakan langkah kehadapan, kamu tidak akan berjaya melangkah walaupun langkah yang pertama" -bersama kita fikirkannya

10 Jun 2010

something useful incidently found

hmm..lama gak aku tak online..tapi aku alhamdulillah sihat..x kemana-mana pun..2-3 minggu lepas de ke terengganu..itu je yang menarik wat masa ni. de aktiviti kat sana.sesekali tinjau tempat orang memang best. tapi bkn tu yang aku nak cerita arini,tp sedikit pedoman untuk aku dan yang membaca..tadi aku ke surau berdekatan, ada bacaan yasin..biasalah khamis malam jumaat kat mana-mana pun dalam Malaysia ni kebanyakannya do the same thing.some say it is bida'ah but some say its would not.i'm not so sure which one was true,but what i know is apa jua perbuatan yang baik itu pasti ada ganjaran.cuma jangan di jadikan kemestian,sekiranya anda tak berapa nak confident,better ask your ustaz kerana mereka lebih mahir dalam bab hukum.berblik pada majlis bacaan yaasin td,selesai berjemaah maghrib imam pn memberi sikit motivasi bagi mengingatkan yang mana patut dirasakan perlu.dlam pada imam sedang bercakap,jemaah yang lain sedang passing kan buku yaasin aku juga amek sebab tak hafal.bila dapat buku yaasin tu aku belek-belek sikit,ada something that has being wrote on the back of the cover.something yang useful.tak tahu lak aku sape yang tulis.tapi apa yang tertulis tu cukup menarik bagi aku..antaranya..."manusia takut akan mati tapi tidak membuat persiapan sekiranya terjadi, manusia itu takutkan Allah azza wajallah tapi tidak menunaikan hak dan amanah Allah, manusia itu cintakan Rasullah tapi tidak mengikut sunnah beliau, manusia itu sukakan syurga tapi tidak beramal untuk kesana, manusia itu membaca Al Qur'an nur karim tapi tidak amalkannya.." ada lagi,tapi sori le sebab aku da lupa yang lain-lain tu. bila berfikir sejenak akan kebenaran katta-kata itu aku jadi semakin takut,sebabnya; adakah kita bersedia dengan amalan kita selama ini if our Pencipta taking kita punya nyawa..wallahua'lam

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..