Memaparkan catatan dengan label bola sepak Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola sepak Malaysia. Papar semua catatan
29 Januari 2011
Kelantan vs Selangor
Sakit je ati tgk para penyokong perlawanan antara Kelantan lwn Selangor tadi. tak kisah la sape yang baling bunga api tu, penyokong kelantan ke selangor ke..pada yang baling dan bawak bunga api memang bengong! aku sifatkan mereka ni tak ada semangat penyokong langsung! korang tau tak, disebabkan perilaku bangang korang tu permainan terpaksa di henti seketika. bila da jadi camtu bukan selera penonton lain, pemain pasukan korang pun hilang selera da nak main, pudar, hilang semangat mereka, mungkin sebelum perkara tu jadi semua pemain masih kuat semangatnya, tapi bila korang yang bangang dan bengong dan bodoh ni wat hal, semua pemain jadi fed up..pesan aku, lepas ni korang jangan le jadi macam orang yang tahap fikirannya rendah sangat! kalau nak tunjuk yang korang ni memang penyokong setia, hard core tak payah le wat benda2 bodoh tu.. kalau betul korang penyokong setia pd pasukan masing, jangan le sabotaj pasukan sendiri....
04 Disember 2010
Malaysia vs Thailand
Skip lagi pasal raya korban tempoh hari. hari ini aku nak cerita sikit pasal bola sepak negara. aku sememangnya antara penyokong Malaysia dalam apa jua sukan. terutamanya bola sepak. walaupun hakikat yang aku akan hadapi ialah kekalahan kepada pasukan Malaysia itu sendiri. contohnya malam tadi, aku tak mahu komen pasal lawan Indonesia tempoh hari, sebab permainan masa tu memang teruk.hampeh!!!..mahu je rasanya aku nak baling telur busuk kat pemain negara tu!!!kalau kalah sebab memang takde luck aku tak kisah, tapi mereka ni nampak cam takde semangat langsung! macam tengok budak sekolah main bola. malam tadi, aku tengok si Safee Sali malas nak rebut bola lebih suka tunggu bola yang kalau - kalau terlepas dari pemain pertahanan, bukan dia je, yang lain pun sama, korang main macam h&%^m j%$D&h!!!nasib baik le Rajagobal masuk kan cepat si Khairil Muhaimeen, nampak hidup sikit game tu walaupun akhirnya dia terlepas bola yang berkemungkinan menghasilkan gol. memang nampak hidup bila Khairil Muhaimeen dimasukkan. Tahniah Khairil Muhaimeen. tapi kalau nak harapkan dia sorang je mana dia mampu. yang lain pun kena ada semangat macam dia, rajin mengacau pemain lawan apabila membawa bola. kebanyakkan pemain kita lebih suka ikut atau mengacau bola yang sedang dibawa oleh pemain lawan dengan membabi buta. hantaran kepada kawan juga teruk, merapu hantaran tu semua. kawalan bola yang menyedihkan. korang kena ingat, jersi yang korang sarung tu membawa makna yang besar kepada negara. aku kadang-kadang terfikir, apakah orang dinegara jiran kita sedang berdekah - dekah mentertawakan Malaysia. bawah taraf!! aku juga nak ingatkan korang, KALAU MACAM NI PERMAINAN KORANG, JANGAN SESEKALI KORANG NAK BANGGA DENGAN STATUS PEMAIN NEGARA!! terus terang aku cakap, permainan sesetengah dari korang memang sangat-sangat teruk! walaubagaimanapun, pemain seperti Khairil Muhaimeen, Amri Yahya, banyak membantu cuma sentuhan dari pemain lain banyak yang tak menjadi. jangan kata korang tak bermaya sebab letih! bola sepak adalah kerjaya korang! korang telah rela memikul tanggungjawab berjuang diarena sukan bola sepak untuk negara. harap jurulatih dapat memilih pemain dengan lebih baik lagi, jangan cari pemain yang suka jaringkan gol dengan selalu mengharapkan lolosan dan hantaran yang memudahkan mereka. tapi carilah pemain yang berkebolehan serba serbi, sama-sama mengandakan serangan dan pertahanan!
Langgan:
Catatan (Atom)