Ads

Memaparkan catatan dengan label kampung krubong melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampung krubong melaka. Papar semua catatan

04 Mac 2013

Memendam rasa....


Apa lagi nak di ucapkan.. tersepit dalam masalah sendiri, rasa seperti orang memandang serong, rasa seperti orang tengah bercakap mengenai hal aku.. tetapi apa nak di katakan lagi.. mulut orang bukan kita boleh tutup, hak mereka nk cakap apa-apa pun.. akan tetapi jauh di lubuk hati, selalu fikir itu semua mungkin mainan perasaan sendiri, sebabnya kita sendiri "merasakan" seperti orang sekeliling sedang bercakap mengenai hal kita, walhal hanya Allah jua yang tahu apa sebenarnya yang berlaku..
Tetapi itulah manusia yang tidak "Maksum". "Hendaklah kamu selidiki sesuatu perkara yang disampaikan..". naluri manusia sememangnya begitu, sering membuat persepsi negatif dari positif, walaupun keduanya di pandang, tapi hanya segelintir yang mahu melihat sesuatu perkara secara positif, biarpun banyak kajian telah dibuat, apabila kita memandang kepada negatif hasilnya kita hanya mahu lihat apa yang mahu kita lihat sahaja. benar kita hanya manusia biasa, sering melakukan kesilapan dan kesalahan, masalahnya berapa ramai orang yang memandang kesalahan dan kesilapan kita sebagai sesuatu yang positif. malah, ada juga yang memandang sepi tanpa mahu mengatakan komen mereka semuanya atas alasan; "Jangan jaga tepi kain orang". 
"Jangan jaga tepi kain orang".. pepatah melayu yang telah lama berakar umbi di minda datuk nenek, mak ayah kita malah anak-anak kita. maksudnya pula "jangan campur urusan orang". persoalannya, wajarkah kita sedemikian? bukankah kita digalakkan untuk mengambil tahu hal jiran-jiran kita? adalah kita berdosa sedangkan kita sedap menikmati makanan enak, lain pula halnya dengan jiran kita yang sedang berkelaparan.
mungkinkah begitu yang dimahukan oleh pepatah melayu ini? bukankah pepatah ini akan disalah tafsir oleh segelintir kita nanti yang akhirnya akan disalah ertikan juga oleh anak-anak kita nanti maksud sebenar akan pepatah melayu ini.
masih boleh digunapakaikah pepatah melayu ini? jawapannya? bagi aku sendiri, memang masih perlu, tapi perlu diterangkan pada generasi yang sedang meningkat naik akan maksud pepatah ini. pengalaman menetap di kota, menzahirkan perkara ini dititipkan malam ini, terkenang bagaimana kehidupan kejiranan di kawasan itu. setiap pagi keluar bekerja, petang balik kerja terus sahaja jiran ini masuk ke rumah dan menutup pintu begitulah juga hari berikutnya. malah lebih parah lagi mereka tidak kenal jiran mereka. siapa yang harus disalahkan? "kalau tidak tahu menari, jangan tanah tinggi rendah disalahkan"... halus benar gaya orang dahulu nak menegur.. tapi itulah hakikatnya sekarang ini, kita lebih gemar berkata di pejabat mahupun dgn kawan-kawan sekampung "jiran aku tu, kau tahu tak, tak pernah nak jengah aku/ tak pernah aku nampak/ dan macam-macam lagi".  tapi pernahkah kita terfikir "apakah jiran kita juga berfikir sedemikian mengenai kita". itulah hakikatnya kita, sering menyalahkan orang lain dahulu sebelum diri sendiri. apa yang sebenarnya berlaku? yang sebenarnya berlaku adalah kita sedang menunggu jiran tersebut menegur kita dan begitu jugalah jiran kita itu. bagaimana hendak mengubahnya? caranya tak perlu tunggu orang lain menegur kita sebaliknya kitalah yang sepatutnya menegur sapa jiran kita itu.. bila ramai yang berfikir demikian secara tidak langsung terjadilah rangkaian pertalian/ hubungan baik sesama kita tanpa mengambilkira apa pun agama mereka.
"Jika kamu tidak berani memulakan langkah kehadapan, kamu tidak akan berjaya melangkah walaupun langkah yang pertama" -bersama kita fikirkannya

28 Disember 2010

Ngail di Tasik Krubong, Melaka










huhu..jangan tak percaya. kampung aku, kampung Krubong, memang cantik dan mendamaikan. ni sebahagian darinya. aktiviti memancing di kolam air. atau aku panggil 'Tasik Krubong'.
 suasana petang yang mendamaikan, memang sesuai untuk memancing. hasil tangkapan bergantung kepada nasib, kalau nasib kita baik, besar le kita dapat. kalau tak macam si Amirul ni je le..
anak sedara atau anak buah. mana satu yang sebenarnya?
tapi yang pentingnya, semua mereka yang dalam ini gambar dan yang tak ada dalam ini gambar 
<-----love you all----- 

bukan nak bangga diri, tapi Tasik Krubong memang saujana mata memandang.
 seronok kalau dapat berkumpul ramai-ramai.
tapi masa ni abang aku dengan wife dia takde. anak-anak dia je ada kecuali si Jehan & Amal


 boleh tahan juga ikan yang dapat. ingat nak bakar ikan tu kat situ je, tapi hari pun dah semakin senja. tak jadi, balik rumah baru masak. goreng pun sodap!

 Nasihat aku, sesibuk macam mana sekali pun kita, tak ada masa macam mana pun kita, sejauh mana pun kita; carilah masa dan luangkanlah masa tersebut bersama dengan orang disekililing anda.  Ketemu lagi, Salam.







About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..