Ads

Memaparkan catatan dengan label blogspot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogspot. Papar semua catatan

04 Mac 2013

Memendam rasa....


Apa lagi nak di ucapkan.. tersepit dalam masalah sendiri, rasa seperti orang memandang serong, rasa seperti orang tengah bercakap mengenai hal aku.. tetapi apa nak di katakan lagi.. mulut orang bukan kita boleh tutup, hak mereka nk cakap apa-apa pun.. akan tetapi jauh di lubuk hati, selalu fikir itu semua mungkin mainan perasaan sendiri, sebabnya kita sendiri "merasakan" seperti orang sekeliling sedang bercakap mengenai hal kita, walhal hanya Allah jua yang tahu apa sebenarnya yang berlaku..
Tetapi itulah manusia yang tidak "Maksum". "Hendaklah kamu selidiki sesuatu perkara yang disampaikan..". naluri manusia sememangnya begitu, sering membuat persepsi negatif dari positif, walaupun keduanya di pandang, tapi hanya segelintir yang mahu melihat sesuatu perkara secara positif, biarpun banyak kajian telah dibuat, apabila kita memandang kepada negatif hasilnya kita hanya mahu lihat apa yang mahu kita lihat sahaja. benar kita hanya manusia biasa, sering melakukan kesilapan dan kesalahan, masalahnya berapa ramai orang yang memandang kesalahan dan kesilapan kita sebagai sesuatu yang positif. malah, ada juga yang memandang sepi tanpa mahu mengatakan komen mereka semuanya atas alasan; "Jangan jaga tepi kain orang". 
"Jangan jaga tepi kain orang".. pepatah melayu yang telah lama berakar umbi di minda datuk nenek, mak ayah kita malah anak-anak kita. maksudnya pula "jangan campur urusan orang". persoalannya, wajarkah kita sedemikian? bukankah kita digalakkan untuk mengambil tahu hal jiran-jiran kita? adalah kita berdosa sedangkan kita sedap menikmati makanan enak, lain pula halnya dengan jiran kita yang sedang berkelaparan.
mungkinkah begitu yang dimahukan oleh pepatah melayu ini? bukankah pepatah ini akan disalah tafsir oleh segelintir kita nanti yang akhirnya akan disalah ertikan juga oleh anak-anak kita nanti maksud sebenar akan pepatah melayu ini.
masih boleh digunapakaikah pepatah melayu ini? jawapannya? bagi aku sendiri, memang masih perlu, tapi perlu diterangkan pada generasi yang sedang meningkat naik akan maksud pepatah ini. pengalaman menetap di kota, menzahirkan perkara ini dititipkan malam ini, terkenang bagaimana kehidupan kejiranan di kawasan itu. setiap pagi keluar bekerja, petang balik kerja terus sahaja jiran ini masuk ke rumah dan menutup pintu begitulah juga hari berikutnya. malah lebih parah lagi mereka tidak kenal jiran mereka. siapa yang harus disalahkan? "kalau tidak tahu menari, jangan tanah tinggi rendah disalahkan"... halus benar gaya orang dahulu nak menegur.. tapi itulah hakikatnya sekarang ini, kita lebih gemar berkata di pejabat mahupun dgn kawan-kawan sekampung "jiran aku tu, kau tahu tak, tak pernah nak jengah aku/ tak pernah aku nampak/ dan macam-macam lagi".  tapi pernahkah kita terfikir "apakah jiran kita juga berfikir sedemikian mengenai kita". itulah hakikatnya kita, sering menyalahkan orang lain dahulu sebelum diri sendiri. apa yang sebenarnya berlaku? yang sebenarnya berlaku adalah kita sedang menunggu jiran tersebut menegur kita dan begitu jugalah jiran kita itu. bagaimana hendak mengubahnya? caranya tak perlu tunggu orang lain menegur kita sebaliknya kitalah yang sepatutnya menegur sapa jiran kita itu.. bila ramai yang berfikir demikian secara tidak langsung terjadilah rangkaian pertalian/ hubungan baik sesama kita tanpa mengambilkira apa pun agama mereka.
"Jika kamu tidak berani memulakan langkah kehadapan, kamu tidak akan berjaya melangkah walaupun langkah yang pertama" -bersama kita fikirkannya

15 Oktober 2010

madah...

ada baiknya jika kita tidak menyedari, betapa baik diri kita

tapi, buruk jika kita tidak menyedari, betapa buruk kita

sesuatu yang tampak berkilau, bukan bererti itu baik

sesuatu yang tampak begitu gelap, tidak juga benar-benar begitu baik

keindahan itu bergantung pada siapa yang tampak anda

orang yang paling baik adalah, yang menjadi seperti diri mereka

kuat tidak berasal dari bagaimana membuat, tapi bagaimana bisa berdiri

kekuatan datang, ketika anda benar-benar dalam situasi paling sukar

mudah untuk menyalahkan orang, tetapi tidak mudah untuk menyalahkan diri kita

mohon maaf adalah kata yang sukar untuk mengatakan, tapi siapa yang boleh adalah orang yang baik

beberapa perkara yang baik tidak hanya datang, tapi kita harus mencari

beberapa perkara yang buruk tidak hanya bagaimana kita punya, tapi bagaimana kita diberitahu

cermin benar-benar baik adalah bagaimana orang lain melihat anda

beberapa hal kecil yang tampaknya sangat sederhana untuk kita, tetapi sangat besar untuk yang lain

jangan cuba jika anda takut akan gagal, tapi anda masih gagal jika anda tidak berani mencuba



06 Oktober 2010

ujian...

hidup ni sememangnya satu ujian semata..masa susah itu adalah ujian, masa senang pun adalah ujian juga. masa duka pun ujian, masa suka ria pun kita sedang di uji. setiap ujian yang diterima oleh setiap manusia itu adalah berbeza. dan ianya sekali-kali tidak melampaui batas kemampuan kita dalam mengharungi setiap ujian tersebut. kerana apa?..sebab yang Maha Mengetahui tahu akan kemampuan kita. terserahlah kita bagaimana untuk menjalani setiap ujian itu. keran itu kita di lengkapi dengan akal fikiran untuk membolehkan kita mencari yang terbaik untuk diri kita dan masyarakat, kerana kita berkongsi hidup dengan masyarakat..

07 Mei 2010

some statement that make me think back

hmm...aritu de terbaca kat buku di kedai buku "popular"..kalau tak silap saidina Ali r.a (correct me if i'm wrong) de kata "kamu tak akan dapat apa yang kamu inginkan kecuali kamu tinggalkan pe yg kamu inginkan........"  de benar kata-kata hikmat dari sahabat Rasullah s.a.w. ni..so, for those that read this blog, lets leave behind what we want most and lets takdir menentukan segalanya. sekali lagi, TAKDIR..bkn nasib, kerana nasib boleh berubah sebagaimana janji Allah yg bermaksud "nasib sesuatu kaum tak akan berubah melainkan kaum itu mengubahnya sendiri" tapi saya mengingatkan diri saya dan anda semua "innama a'malu bin niah..segala amalan bermula dgn niat." niat yang baik akan berkesudahan dgn baik, Allah Maha Adil, Dia akan bagi apa yang kita minta,jika yang baik pahala ibadah ganjarannya jika yang tak baik azab siksa menanti di sana (Mahsyar) atau mungkin you will got on the spot..
p/s: trying to be good...

About Me

Foto saya
melaka, melaka, Malaysia
ordinary..